Kalau anda nak bakar kalori dengan mudah, boleh cuba cara ini. Buat di rumah pun berkesan sangat!
Kelebihannya, jika rajin buat sejam, anda boleh bakar 800 kalori dan tak penat pun.
Menurut Puan Syaheera Raup
, sebelum ini tak tahu pun cara ini. Sekarang hari-hari buat dan suami pun ikut sekali.INCLINED TREADMILL ini betul-betul a life changer. Bila dah biasa buat, skip bersenam tiga hari pun metabolisma badan masih tinggi. Makan banyak pun berat tak naik, cepat
sangat turunnya.
Dan perasan juga lepas buat inclined treadmill, sudah tak ada masalah running speed 8km/h with lower gradient dalam masa lama tanpa henti. No burnout, itu yang syok.
Running ada risiko cedera, jadi kena hati-hati. Kalau cara ini, low risk. Sesuai untuk postpartum.
Kalau dulu main treadmill untuk jogging and running, penat sangat. Selalu muscle cedera, kali ini no more! Ubah cara kita senam treadmill, inshaa Allah berkesan.
Ingat ya, jangan terjun buat macam saya ni. Mulakan dengan method 12-3-30 dahulu. (12% gradient, 3 km/h speed, 30 minute).
Bila anda rasa sudah okay, baru naikkan gradient, speed dan masa!