Pelembap Muka Yang Sesuai Ikut Jenis Kulit, Ini Cara Untuk Pilih

Share

Ada banyak pelembap muka di pasaran jadi agak sukar untuk memilih produk terbaik dan sesuai dengan keperluan kulit.

Namun bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia penjagaan wajah, ini ada beberapa tips memilih pelembap muka yang sesuai ikut masalah kulit.

Pelembap Muka Yang Sesuai Ikut Jenis Kulit, Ini Cara Untuk Pilih

Tahu tak rutin melembapkan wajah itu sangat penting. jika anda nak bebas daripada masalah jerawat dan jeragat?

  1. Kurangkan Masalah Kulit

Kegunaan pelembap wajah yang serasi dengan kulit akan membantu kulit anda mengekalkan keseimbangannya. Jika kulit anda dibiarkan terlalu kering atau lembab, masalah yang common seperti jerawat akan mudah timbul.

2. Buang Cela Pada Wajah

Kulit wajah anda selepas penggunaan moisturizer akan memberikan anda glow yang sihat dan sekali gus dapat “tenggelam kan” kecelaan pada kulit yang lain.

3. Nampak Awet Muda

Ada orang langsung tak dimakan usia, bukan kerana keturunan ya tetapi biasanya golongan ini jenis setia pakai skincare yang lengkap. Bermula dengan pencuci muka, toner, pelembap, serum dan mereka juga jenis rajin pakai masker.

Kulit muka yang langsung tak pakai pelembap akan kering dan cepat dating maslah jeragat dan jerawat.

Jadi, rutin melembapkan kulit akan dapat merangsang kulit anda dalam membaik pulih dengan sendiri dan kekal sihat.

4. Tak Cepat Berkedut

Sekitar mata terutamanya, garisan kedut akan kurang jika kulit anda sentiasa pakai pelembap. Individu yang mengamalkan rutin pakai pelembap kurang memiliki kedutan berbanding orang yang langsung tak mengamalkan pelembap muka.

5 Tips Memilih Pelembap Muka

Pelembap wajah terdiri dalam beberapa jenis iaitu krim, losyen dan ointment. Semuanya bergantung pada jenis kulit yang anda miliki.

Pilihan Pelembap Jenis Kulit Kering

Sebagai contoh, kulit yang kering dan/ atau gatal memerlukan pelembap wajah yang lebih pekat dan berasaskan minyak seperti ointment atau pun krim.

Pilihan Pelembap Jenis Kulit Berminyak

Selalunya pelembap muka yang berasaskan losyen sesuai untuk individu yang mempunyai kulit yang berminyak. Okay, jom kita tengok di bawah tips-tips memilih pelembap muka.

Pilih Moisturizer Yang Ada SPF Untuk Siang Hari

Tidak kira lah kulit anda berminyak, kering ke atau sensitif, perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting menurut hampir kesemua dermatologis. Sebenarnya salah satu perkara yang membezakan krim malam dan siang adalah kandungan SPF, selain itu, mereka tidak banyak perbezaan.

Jadi, kalau anda berdegil untuk membeli moisturizer tanpa SPF supaya anda boleh menggunakannya pada siang dan malam, jangan lupa untuk pakai sunscreen lepas memakai moisturizer.

Ini Bahan-bahan Yang Boleh Sebabkan Iritasi Pada Kulit

Menurut seorang ahli dermatologi, Dr. Andrea Cambio, ada beberapa bahan-bahan yang perlu anda elakkan dalam pemilihan pelembap muka. Di bawah adalah senarainya.

Perwarna dan wangian

Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, kulit kering atau pun kedua-duanya, bahan-bahan seperti ni boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda. Bahan antibakterial juga perlu dielakkan kerana ianya kasar dan mengeringkan kulit dengan meragut minyak semulajadi daripada kulit.

Asid laktik dan urea

Untuk individu yang mempunyai masalah ekzema, elakkan kedua-dua bahan ini kerana ianya boleh mengeringkan lagi kulit anda. Ekzema dan kulit yang kering adalah rakan yang baik, tetapi buruk untuk anda.

Terlalu banyak asid

Cuba elakkan AHA, salicylic acid, asid glikolik dan sebagainya kerana bahan-bahan ni meresap dalam kulit dengan jauh dan boleh menganggu kulit yang rapuh. Nasihat ni khas untuk individu yang memiliki kulit kering dan sensitif.

Haaa… selepas membaca semua isi penting ini, harap mampu memilih pelembap terbaik untuk kulit muka. Tidak ikut orang beli tetapi memilih produk dengan membaca bahan yang serasi untuk masalah kulit anda.

Selamat bercantik-cantik ya!

Published by
Nadia