Patutlah Mak-mak Kita Dulu Guna Air Basuhan Beras Cantikkan Kulit, Jimat Poket!

Share

Nak guna air basuhan beras untuk cantikkan kulit tak salah, tetapi biar betul caranya dan anda tahu macam mana nak jadikan toner untuk sembur pada wajah setiap hari.

Tidak memerlukan model yang besar, anda boleh selongkar rahsia cantik daripada Puan Rosnani Ikan yang paling jimat poket ini.

Patutlah Mak-mak Kita Dulu Guna Air Basuhan Beras Cantikkan Kulit, Jimat Poket!

Kenapa ya mak-mak kita dulu selalu gunakan air beras ni. Rupanya air basuhan beras ni kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit.

Butir beras dan juga air daripada beras kaya dengan pelbagai zat dan vitamin yang berguna sebagai anti-oksidan, anti-inflamasi dan membantu untuk mencantikkan kulit muka kita.

Jangan pelik ya, amalan ni jugak dah digunakan wanita Korea lama dulu. Mereka guna air basuhan kedua beras untuk mencuci muka sebab katanya air basuhan beras tersebut jadikan kulit lebih lembut dan glowing.

Pori terbuka nampak seperti bukan masalah besar. Tapi itulah punca utama kulit susah sangat nak nampak glowing. Betulkan?

Ini resipi untuk buat toner semula jadi menggunakan air beras.

Bahan-bahannya:

AIR BERAS (Ambil air basuhan pertama atau kedua)

Cara Buat Toner Air Beras

Sediakan bekas yang diisi beras. Cuci bersih beras dan ambil airnya.

Letak dalam botol spray kosong.

Jadikan air beras ni sebagai toner. Spray dan usap lembut menggunakan kapas. Tekan secara perlahan pada bahagian yang diinginkan.

Air beras boleh guna selama seminggu jika disimpan rapi (bekas bertutup) didalam peti ais. Elakkan guna kalau air beras dah bau masam.

Apa manfaat TONER AIR BERAS ni?

Bantu kecilkan liang pori, menghapus setiap kotoran dan sebum berlebih yang ada di kulit muka. Kalau amalkan sebagai rutin harian boleh rasa kulit muka lebih segar, pori pun semakin mengecil.

Kejap, ada lagi manfaatnya untuk jerawat!

Pakar mengesahkan cucian beras dapat atasi masalah jerawat di wajah. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dengan lebih cepat.

IKLAN