Kecantikan

Pamer Wajah Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dipuji Cantik Semula jadi

Tular video pelakon Liyana Jasmay tanpa mekap di media sosial yang dilihat sedang makan dengan wajah yang penat.

Dalam video yang dikongsikan, Liyana, 36, turut memberitahu dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.

Pamer Wajah Tanpa Mekap

“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.

Video yang dikongsikan pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji sifatnya yang bersahaja, malah tidak kisah untuk mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus seorang selebriti.

Liyana Jasmay Dipuji Cantik Semula jadi

Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.

“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” tulis seorang pengikutnya.

“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.

“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.

Namun, Liyana tidak terlepas daripada menerima beberapa komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan seperti pembantu rumah atau bibik.

“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.

“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Pernah Dikecam Teruk

Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.

Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.

Malahan Liyana juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan