Pakai Tepung Kacang Kuda Cantikkan Kulit, Wanita Ini Kongsikan Cara Nak Buat

Share

Rupanya tepung kacang kuda pun cukup membantu buat kulit wajah jadi cantik ya, sesuai untuk anda yang nak jimat poket dan pakai bahan yang selamat untuk kulit.

Petua ini menjadi pilihan Puan Dura Zain yang lebih selesa menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Pakai Tepung Kacang Kuda Cantikkan Kulit, Wanita Ini Kongsikan Cara Nak Buat

Apa yang lebih menarik, dia akan  menghasilkan sendiri maskernya iaitu dengan menggunakan tiga bahan yang digaul sebati.

Mungkin kedengaran agak janggal bagi yang tidak biasa, namun tahukah anda menurut Dura masker kacang kuda ini telah lama diamalkan oleh wanita Pakistan mahu pun India. Untuk itu ayuh kita semak detail perkongsiannya petua ini untuk manfaat bersama.

Buat sendiri masker dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY #instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh, memang bestlah!

Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat.

“INI PETUA LAMA DARI WANITA KAUM INDIA DAN PAKISTAN UNTUK KECANTIKKAN KULIT.”

Patutlah retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.

Bahan-bahan :

1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)

1 sudu besar rose water/susu

1 sudu kecil jojoba oil/olive oil

Dan video ini ada cara bagaimana membuat bancuhannya dan terus boleh dipakai ke wajah.

Published by
Nadia