Musim panas terik ini, anda pakai sunscreen tak bila keluar? Macam yang kita tahu, set penjagaan wajah paling penting selain pencuci muka adalah sunscreen. Wajib untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.
Tetapi anda tahu tak sunscreen ini ada beberapa jenis dan macam mana nak cari yang betul-betul ‘ngam’ dengan masalah kulit?
Haa, jom kenal pasti sunscreen mana satu sesuai dengan jenis kulit anda.
• Jenis Kulit: Oily skin, acne skin
• Bahan aktif:
– Oxybenzone
– Avobenzone
– Octisalate
– Homosalate
– Octocrylene
– Octinoxate
•Texture:
Biasanya lightweight dan tak ada white-cast. Senang nak sapu di kulit dan tak berminyak.
•Jenis Kulit: Kulit sensitif, acne-prone skin
•Bahan aktif:
-Zinc oxide
– Titanium dioxide
• Texture:
Biasanya texture lebih thick sebab sunscreen ini akan sits on top of your skin. Bergantung pada sunscreen itu sendiri, tetapi selalunya akan ada white-cast
• Jenis Kulit: Kulit kombinasi, kulit kering, kulit berminyak (Bergantung dengan texture)
• Bahan aktif:
Mana-mana sunscreen yang ada campuran dua atau lebih bahan aktif dalam chemical & physical Sunscreen.
• Texture:
Bergantung dengan formulation sunscreen. Biasanya akan lebih light daripada physical sunscreen dan selalunya tone-up sunscreen ini mostly hybrid sunscreen.
Tone-up dengan white-cast tak sama. Kesan tone-up
buat kulit anda nampak lebih cerah, tapi kalau berpeluh, dan anda wipe off your face, sunscreen itu tak keluar putih-putih di kulit anda.Hah, sudah tahu beberapa jenis sunscreen ini, senang anda nak grab mana satu, bukan? Pastikan pakai selalu musim panas, barulah kulit sihat dan tak ada masalah jeragat.