Masih ramai yang gagal pakai sunscreen dengan betul, jadi tak pelik kalau ada masalah jeragat walau usia masih mudah.
Langsung tidak mahu melindungi kulit daripada sinaran UV, ini memberikan kesan buruk pada kulit dalam jangka masa panjang.
Namun, ramai sebenarnya yang menyapu krim pelindung matahari (sunscreen) dengan cara salah, sekali gus menyebabkan mereka tidak mendapat perlindungan maksima.
Menurut Dr Lawrence Cunningham dari UK Care Guide, salah satu kesilapan paling lazim adalah penggunaan krim pelindung matahari yang tidak mencukupi.
Ramai orang menyangka bahawa hanya sedikit sapuan di beberapa bahagian kulit sudah memadai, namun hakikatnya, untuk mendapatkan perlindungan penuh, krim itu perlu digunakan dengan banyak.
Kesilapan lain yang sering dilakukan adalah tidak menyapu semula krim pelindung matahari selepas beberapa jam.
“Krim pelindung matahari akan hilang keberkesanannya selepas beberapa jam, terutamanya jika anda terlibat dalam aktiviti seperti berenang atau berpeluh.
“Oleh itu, penyapuan semula adalah penting untuk memastikan perlindungan yang berterusan.
“Bahagian badan yang sering diabaikan seperti telinga, belakang leher, dan bahagian atas kaki juga perlu diberi perhatian.
“Bahagian-bahagian ini boleh terbakar dengan mudah seperti muka dan lengan yang lebih terdedah kepada matahari,”
kata Dr Cunningham.Dia turut menekankan kepentingan memilih SPF (Faktor Perlindungan Matahari) yang sesuai berdasarkan jenis kulit dan tahap pendedahan matahari.
Bagi aktiviti harian dengan pendedahan matahari yang minima, SPF 30 biasanya sudah memadai.
Namun, bagi mereka yang menghabiskan masa dalam tempoh lama di luar, seperti di pantai atau mendaki, disarankan untuk menggunakan SPF 50 atau lebih tinggi.
“Adalah penting untuk mempertimbangkan sensitiviti serta sejarah kulit anda seperti pernah terkena kanser kulit atau sebagainya.
“Individu dengan kulit cerah atau mereka yang mudah terbakar harus memilih SPF yang lebih tinggi untuk perlindungan tambahan,” ujarnya.
@faridzaesthetics Perlu ke pakai sunscreen di dalam rumah? Jom belajar, dengar dan fahamkan 😉 #fyp #tiktokguru #zyxcba #masukberanda #viralvideo #viralvideo #kongsitips #kecantikan #skincare #learnontiktok #gwrm #glassskin #skincareroutine #ilmu #tipsglowing #tipsbeauty #kulitcantik #sunscreen #skincaretipsforyou ♬ original sound – Faridz Skin Aesthetic
Bagi anda yang nak tahu tentang keperluan pakai sunscreen dalam rumah, boleh baca dan dengar lebih jelas melalui perkongsian ini.
Sumber video: Faridz Skin Aesthetics