Suka atau tidak, anda kena mula pakai retinol bila umur masuk 30-an. Okay, cuba belek wajah anda, ada tak garisan halus yang muncul sekitar dahi, pipi, hujung mata dan leher.
Haaa… jika ada, itu petanda pengeluaran elastin anda semakin perlahan dan menyebabkan kulit kelihatan berusia. Nak-nak kalau umur dah masuk 30-an ke atas, lagi lah ketara nampak perubahan kulit pada wajah.
Para dermatalogi pun bersetuju, jika anda nampak tanda-tanda perubahan kulit, ini masa yang sesuai untuk menerapkan retinol dalam rutin penjagaan wajah.
Perubahan kulit wajah ketika usia 30-an akan lebih ketara kerana ia hasil dari kerosakan ketika 20-an yakni dari sinaran matahari, kekurangan pendedahan tentang skin care dan pelbagai radikal bebas yang bahaya.
Lama-kelamaan kulit akan lebih memerlukan perhatian.
Jangan pula anda fikir sudah terlambat untuk menambah retinol dalam langkah skin care. Ada yang berpendapat lewat usia 20-an iaitu sekitar 25 hingga 30 tahun adalah langkah terbaik untuk menyapu retinol.
Ini kerana jika anda mula terlalu awal, kulit masih belum lagi kuat dan kepekatan produk boleh memberi kesan sampingan. Retinol boleh menyebabkan pertumbuhan jeragat pra-matang kerana mengaktifkan sel kulit dengan cepat.
Malah seawal 20-an, kita masih terbelenggu dengan kondisi kulit yang berjerawat, breakout tak tentu masa atau mengalami kombinasi kulit yang tidak seimbang.
Tapi percayalah, tunggu masuk umur 30, perlahan-lahan semua itu akan hilang dan anda kena tumpu pula pada cetusan garisan halus dan tompokan pigmentasi.
Apa perlu buat?
Jadi tidak ada masalah pun kalau baru start pakai retinol masa hari jadi umur 30 tahun! Sekurang-kurangnya anda sudah memudarkan kesan penenuaan beberapa tahun akan datang.
Cuci wajah guna pembersih dengan bersih dan lap sehingga kering. Jangan scrub wajah sebelum dan semasa guna retinol. Guna retinol dalam dos saiz kacang, dan sapukan secara nipis ke seluruh wajah. Akhir sekali ‘kunci’ dengan pelembap pilihan anda.
Tak lupa juga dengan penggunaan krim pelindung matahari.
Retinol berupaya meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya ultra ungu yang boleh menyebabkan kulit mudah terbakar a.k.a kulit lagi cepat tua.
Jadi hati-hati, jangan hanya semata pakai retinol tapi tidak suncreen. Sebaiknya pilih sunscreen dengan minimum spektrum SPF 30 setiap hari.
Jadi kalau betul nak kulit sihat dan kurang kedut, anda kena rajin membersih muka, merawat dengan pelembap, memakai sunscreen pada sebelah pagi dan paling penting menambah retinol dalam rutin penjagaan kulit ketika waktu malam.
Selamat bercantik-cantik!