Kecantikan

Pakai Produk Lebih Cair Dulu, Aturan Sapu Set Penjagaan Wajah Untuk Lebih Berkesan

Share

Sebelum pakai set penjagaan wajah, anda wajib tahu mana dulu yang patut disapu pada kulit untuk kesan yang lebih baik.

Aturan Sapu Set Penjagaan Wajah

Ada turutan lapisan tertentu yang memberikan impak lebih baik mengikut rule thinner to thickest. Tapi secara umum cara untuk melapis produk penjagaan kulit adalah seperti dibawah:

Produk paling cair mempunyai molekul lebih kecil, senang meresap kedalam kulit dan senang juga terbebas keluar. Produk dengan molekul lebih besar pula kurang meresap berbanding produk lebih cair dan hanya mempunyai sedikit ruang antara molekul. Jadi produk yang lebih pekat bertindak menghasilkan lapisan lembapan yang memerangkap molekul produk lebih cair menjadikan pemakaian skincare lebih berkesan. Itulah secara ringkasnya untuk jelaskan tentang panduan layering thinnest to thickest consistency

.

Serum Dulu Baru Moisturizer

Tetapi aturan pemakaian juga bergantung kepada formulasi produk contohnya liquid moisturizer mempunyai tekstur lebih cair berbanding serum. Pakai serum dulu walaupun serum lebih pekat kerana serum perlu deliver sampai kedalam kulit manakala liquid moisturizer mengandungi emollient dan occlusive

yang membentuk lapisan perlindungan pada kulit. Serum sukar untuk meresap jika moisturizer dipakai terlebih dahulu.

Caranya sapu serum keseluruh muka, kemudian gosokkan tapak tangan untuk hasilkan haba dan tekap pada muka sehingga semua serum meresap. Seterusnya pakai liquid moisturizer dengan gerakan sapuan lembut seperti pakai mask. Tepuk perlahan serata muka sehingga moisturizer fully set. Kalau urut moisturizer seperti biasa kemungkinan akan terjadi product pilling (bergumpal).

​Oil-Based Dulu Baru Water-Based

Water-based product pula disarankan pakai sebelum oil-based product supaya air terperangkap dalam kulit dan minyak akan membentuk lapisan yang menutup ruang untuk air keluar. Namun, ini bergantung kepada kepekatan oil-based product

dan apa yang anda nak hasilnya.

Sekiranya oil-based product lebih ringan dan mengandungi bahan penting untuk merawat masalah kulit, boleh pakai oil-based product selepas serum, sebelum moisturizer. Perhatikan cara yang mana lebih menjadi untuk kulit.

Memang betul size molekul adalah salah satu aspek dalam kepekatan tekstur produk tetapi ia bukanlah segala-galanya. Moga anda dapat sesuatu.

Published by
Nadia