Pakai Pelembap Dan Toner Buat Sendiri, Guna Bahan Alami Lebih Selamat

Share

Wajib biasakan pakai pelembap dan toner kalau nak kulit sihat tanpa masalah jerawat halus. Malah jika wajah anda sedang breakout, sebaiknya pilih bahan alami yang selamat.

Jadi kalau nak selamat, cuba guna tip cantik ini, DIY sendiri toner dan pelembap.

Pakai Pelembap Dan Toner Buat Sendiri

BAHAN-BAHAN: 
Daun pudina
Timun

 

 

 

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Segenggam daun pudina direbus dengan secawan air sehingga mendidih. Tutup api dan tapis airnya.
2. Air rebusan pudina dikisar bersama 5 hirisan timun dan beberapa helai pudina.
3. Tapis airnya. (Jangan dibuang hampas)
4. Air tapisan dititikkan 5 titik Essential Oil Peppermint.
5. Masukkan dalam botol spray. Dan simpan dalam peti sejuk. Toner ini pakai setiap hari. Jangan risau kerana ia tidak melekit.

PELEMBAP WAJAH (SOOTHING & MOISTURIZING SERUM)

BAHAN-BAHAN: 
Aloevera
Minyak kelapa dara/biji anggur
Toner (di atas)
Essential Oil peppermint

 

CARA-CARA MEMBUAT:
1. 3 sudu besar aloevera gel (beli di farmasi dan pusat kecantikan yang dipercayai).
2. 1/2 sudu besar minyak kelapa dara/biji anggur.
3. 1 sudu besar toner di atas.
4. 1 titik Essential Oil peppermint (jangan terlalu banyak, nanti akan rasa pedih).
5. Kacau sebati. Masukkan dalam bekas yang kecil dan simpan dalam peti sejuk.
6. Boleh pakai setiap masa. Malam wajib pakai untuk baik pulih semula kulit wajah.

MASKER WAJAH (SOOTHING & COOLING FACE MASK)

CARA-CARA MEMBUAT:
Gelatin tanpa perisa
Toner (di atas)
Hampas daripada toner yang dibuat (di atas)
Yogurt asli

 

 

 

1. 1 sudu besar gelatin tidak berperisa.
2. 3 sudu besar toner yang dibuat tadi.
3. Dimasak dengan cara double boiler sehingga sebati.
4. Campurkan 1-2 sudu besar hampas dari toner yang telah disejukkan.
5. Campurkan 1-2 sudu yogurt asli yang disejukkan.
6. Kacau sehingga sebati.
7. Sapu ke seluruh muka. Elakkan kawasan anak rambut, kening dan mata.
8. Amalkan seminggu sekali.

Penjagaan wajah dengan rutin yang lengkap mampu membaiki dan menganjalkan kulit. Di samping meninggalkan kesan menakjubkan. Kulit lembap dan glowing!

IKLAN