Masih ramai yang selesa menggunakan cara orang lama untuk hilangkan parut sebab berkesan dan cukup jimat poket.
Malah menggunakan tip cantik orang dulu-dulu juga sesuai untuk anak-anak dara amalkan pada peringkat awal. Salah satunya limau purut, popular merawat kelemumur tetapi turut bagus untuk kulit wajah.
Bersihkan kulit dengan menggunakan air suam yang diperah dengan sedikit lemon. Urut wajah dengan lembut menggunakan hampas atau kulit lemon. Anda juga boleh menggantikan dengan limau purut.
Limau purut dijadikan skrub wajah dan tubuh. Cara ini mampu menghaluskan kulit dan merawat luka kecil akibat gigitan serangga, kudis dan jerawat.
Orang dulu-dulu guna limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya.
Selepas membersihkan wajah, bilas muka dengan air sejuk dan lap kering.
Pilih masker atau skrub berikut untuk rawatan wajah selama 15 minit dan bilas. Rasai perbezaan sebelum dan selepas merawat wajah.
3 sudu bubur nasi (suhu bilik)
3 sudu jus limau purut
1.Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sekata.
2.Sapu nipis ke wajah dalam gerakan jam.
3.Biarkan kering selama 15 minit.
4.Tanggalkan pupur yang kering dan bilas dengan air sejuk.
1 sudu jus lemon
1 sudu gula
1 camca madu
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul.
2.Sental pada kulit wajah perlahan-lahan.
3.Bilas dengan air suam, diikuti air sejuk.
Jadi, tiada sebab untuk rasa malas jaga kulit sebab ada banyak pilihan yang anda boleh amalkan dalam rutin kecantikan. Ingat, kalau langsung tak jaga kulit, sel kulit mati yang melekat buat wajah nampak kusam dan tak cerah. Jangan lupa cuba, tau!