Nourul Depp, 45, yang aktif sebagai jurulatih dan penasihat rangkaian kesihatan Herbalife, memaklumkan dia tidak mahu membuat sebarang reviu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihataan pengguna.
Tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram, dia juga tidak memandang kepada jumlah wang yang ditawarkan.
“Maaf ya, saya pilih produk terbaik saja, yang dijamin tidak meninggalkan kesan sampingan.
“Sebelum ini saya pengguna steroid dan juga klien kepada beberapa klinik untuk buat khidmat reviu dan akibatnya saya terkena kesan buruk.
“Saya tak nak buat lagi terutamanya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengikut, peminat termasuk keluarga saya,”
katanya.Bagi pendapat pelantun lagu Kerana Terluka itu, segelintir orang mempromosikan produk demi kepentingan diri tanpa menghiraukan kesan buruk produk tersebut.
“Pilih untuk jadi pengguna yang bijak, buat kajian siapa pengusaha produk dan bahan-bahannya itu. Siapa pengedar dan syarikat dah wujud sejak berapa lama termasuklah asal dari mana?
“Pastikan juga ada kenyataan produk, ada dalam perundangan Megadose. Hati-hati dan jadilah pengguna yang bijak.
“Jangan fikir nak cepat dapat hasil tetapi kesihatan dan nyawa tergadai. Ini hanyalah peringatan bersama daripada saya untuk semua,” jelasnya.
Kita ni mak-mak problem perut. Dua perkara jika nak perut cantik:
1. Makanan harus makanan yang betul
2. Kena aktif dan buat senaman perut
Macam mana dan apa sekali pun alasan, dua ni kena buat.
“Nak kecilkan perut kena buat consistently. Setiap hari. Boleh aih. Kami anak 4 kami boleh dapat. InsyaAllah hangpa pun.” Kongsinya lagi.