Kecantikan

Nora Danish 1000 Kali Cantik Dengan Imej Baru, Bersedia Join Majlis Ilmu

Kalau sudah cantik, pakailah apa sahaja, mesti akan terletak elok. Begitu juga dengan pelakon wanita, Nora Danish yang baru-baru ini mengundang perhatian peminat apabila berkongsi gambarnya memakai tudung.

Nora Danish Join Majlis Ilmu

Sekarang Nora dilihat mendekatkan diri dengan majlis ilmu, bersedia menghadiri sebuah program agama di Kedah pada Oktober depan menggembirakan rakan seperjuangannya, Datin Seri Umie Aida.

Menerusi portal Kosmo! Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, dia teruja kerana sudah lama menunggu detik bermakna itu, sekali gus bersyukur doanya dimakbulkan.

“Alhamdulilah bertahun-tahun ku menanti kehadiran mu untuk program Festival Sunnah.

“Akhirnya Nora Danish sudah ‘lock date’ pada 5 Oktober nanti untuk hadir ke Festival Sunnah di Kedah, insya-Allah,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Moga Terus Istiqamah

Difahamkan, Umie dan aktres berusia 42 tahun itu akan memeriahkan acara tahunan tersebut bersama beberapa selebriti lain.

Menerusi semakan dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja serta bersyukur melihat transisi pelakon filem Polis Evo 3 itu belajar menutup aurat.

Bahkan ramai mendoakan agar Nora terus istiqamah ke arah menjadi muslimah yang lebih baik.

“Alhamdulillah, sejuk mata memandang. 1,000 kali lebih cantik dengan berhijab,” tulis seorang pengikut.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif kebelakangan ini kerap memuat naik foto bertudung yang membuatkan ramai mendoakan imej tersebut dikekalkan.

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan