Natasha Hudson Pakai Mask Buat Sendiri Di Sungai, Patutlah Kulitnya Cantik!

Share

Patutlah kulit pelakon dan bekas model, Natasha Hudson cukup cantik tanpa sebarang cela, rupanya dia memang jenis suka pakai mask dalam bab penjagaan wajah.

Memang kadang nampak dia bersolek tetapi tidak lah tebal, dan jika tengok dia aktif aktiviti lasak, terus dibawanya muka ‘bogel’.

Natasha yang juga merupakan seorang penulis banyak menulis pelbagai jenis buku yang popular sekitar tahun 2006 dan 2007.

Natasha Hudson Pakai Mask Buat Sendiri Di Sungai, Patutlah Kulitnya Cantik!

Kalau anda mengikuti laman instagram miliknya, dia selalu memuat naik aktiviti hariannya bersama suami. Malah Natasha juga kerap melakukan live di tiktok bagi berkongsi maklumat tentang alam semula jadi dengan peminatnya.

@natashahudsonofficial Terus terang memang saya gemar pakai mask tiap hari & tau tak clay mask adalah tanah liat? Kita pun adela kat Malaysia ni. Saya memang gemar explore benda alami & herba. Cuba lah tau! This is the real natural ingrediant yg berfungsi. Allah dah tetapkan for us. #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #socialexperiment #claymask #masker #maskermuka #facialmask #natural #beauty
#kecantikan #alami
#sungailoh ♬ original sound – Natasha Hudson

Natasha ada memuat naik satu video yang meraih perhatian daripada orang ramai. Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 411 ribu dan 18 ribu tanda suka.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Natasha sedang membuat clay mask dengan menggunakan batu-batu tertentu dari sungai yang diambilnya di kawasan berhampiran tempat duduknya itu.

Dia menyapu seluruh badan serta mengajarkan cara membuat dan mendapatkan batu tersebut jika sesiapa berkesempatan pergi ke sungai.

Rata-rata netizen kagum dengan cara Natasha yang menggunakan cara Back to Nature dalam kehidupan sehariannya, baik dari segi makanan, produk kecantikkan serta penjagaan alam semulajadi.

Mereka juga berkongsi di ruangan komen, bahawa jika pergi ke sungai pasti mereka buat perkara yang sama iaitu memakai clay mask dari batu atau tanah. Malah ramai netizen memuji dengan cara Natasha menjaga kulit wajahnya. Jimat dan mudah!

Hah, selepas ini kalau anda ada pergi ke sungai, boleh lah cari batu yang boleh dijadikan clay mask dan pasti anda akan rasai kelainannya.

Published by
Nadia