Menjadi impian setiap wanita mahukan kulit wajah sentiasa cantik, sihat dan nampak glowing. Kulit yang sihat juga membantu memberikan aura dan mood positif dalam diri seseorang.
Tidak perlukan rawatan mahal, sebaliknya anda boleh merawat sendiri kulit muka dengan menggunakan bahan alami yang ada di rumah.
Menggunakan buahan segar yang memang banyak khasiat dan jadikan masker. Boleh dilakukan sebagai rutin harian atau bagi mengisi masa senggang di rumah.
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula kemudian digaul selama 30 saat supaya sebati. Sapu rata pada bahagian kulit wajah, leher dan pergelangan tangan.
Gosok rata dengan gerakan membulat mengikut arah lawan jam dan biarkan selama 10 minit.
Jangan terlalu lama dibiarkan di muka kerana nanti kulit boleh menjadi kering. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit berseri.
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian wajah. Biarkan ia kering di muka kemudian bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak memberikan kelembapan pada kulit supaya kekal lembut dan gebu.
Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semula jadi pada wajah.
Masker dengan menggunakan sayur tomato ini adalah baik pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Caranya dengan menghancurkan sebiji buah tomato dan sapu pada seluruh wajah dan bahagian leher.
Biarkan selama 15 minit sehingga kering, kemudian bilas muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Lakukan masker ini setiap hari untuk mengurangkan kulit muka berminyak.
Gaul satu sudu teh sebuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Cuci muka terlebih dahulu kemudian sapu pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia kering sepenuhnya.
Cuci dengan air suam. Ulang remedi ini 2 atau 3 kali seminggu untuk menghilangkan tompok hitam dan parut pada wajah.
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Pakai masker ini sebelum anda tidur dan biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi.
Lakukan rawatan ini setiap hari untuk memiliki kulit yang mulus. Anda tidak berpuas hati dengan hasil diberikan nanti.
Artikel Berkaitan:
Faktor Keturunan & Kotor Antara Punca Jerawat. Guna 5 Bahan Dapur Atasi Masalah Ini!
Nak Pastikan Solekan Jadi Cantik & ‘Glowing’, Kena Pandai Pilih Bedak Asas Sesuai Dengan Kulit