Kuasa magis bedak asas dalam teknik solekan memainkan peranan yang sangat penting sehingga mendapat jolokan kunci kepada solekan sempurna.
Tetapi, sehingga kini masih ramai wanita yang keliru dan tidak tahu memilih bedak asas dengan tepat.
Bedak asas tidak seperti pengalit mata, jika tersalah langkah boleh diperbetulkan. Bila tersalah aplikasi bedak asas tidak ada cara untuk menyembunyikannya.
Jadi tidak mustahil ramai wanita memilih menggunakan krim BB sebagai jalan keluar.
Ramai wanita yang mengaku memilih tekstur bedak asas yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit sebagai cabaran.
Apatah lagi apabila melihat deretan bedak asas yang beratur di kaunter kosmetik. Wanita semakin keliru untuk memilih rona yang sesuai dengan kulit dan kadang-kadang membeli bedak asas tanpa mencuba dan apabila pula ke rumah menyesal.
Satu lagi masalah yang berkaitan dengan bedak asas adalah tidak tahu aplikasi yang betul.
Bagi mengatasi masalah kekeliruan ini cara yang tepat untuk mengetahui bedak asas yang terbaik untuk kulit adalah dengan mendapat khidmat nasihat daripada jurusolek professional.
Mereka akan melakukan diagnosis untuk anda dan mengajar bagaimana mahu memilih bedak asas dengan betul serta teknik yang bersesuaian.
Sebelum menyapu bedak asas pastikan kulit wajah bersih dan jika perlu lakuakn eksfoliasi terlebih dahulu. Kulit yang kering, berkuping dan sel kulit mati akan menyebabkan bedak asas tidak dapat disapu dengan sempurna di atas kulit.
Singkir segala sel kulit mati dan segarkan kulit dengan menyapu pelembap dan serum. Selepas itu baharu melakukan aplikasi bedak asas. Sebaik-baiknya gunakan bedak asas yang ringan pada waktu siang dan tebal sedikit untuk solekan malam.
Menggunakan jari untuk mengadun bedak asas di wajah tidak salah tetapi apabila menggunakan bedak
asas dalam bentuk cecair span adah medium yang betul demi menghasilkan solekan yang halus dan sempurna.Span akan menyerap bedak asas yang tidak diperlukan oleh kulit yang menyebabkan solekan berkuping-kuping atau bedak asas berlebihan melekat pada kulit. Apabila anda rasa sudah cukup biarkan bedak asas seketika di atas wajah.
Teliti dengan sempurna setiap perimeter wajah terutama di bahagian tulang rahang untuk mengelakkan solekan yang bercapuk.
Menyapu penyamar noda sebelum aplikasi bedak asas membuatkan anda menggunakan lebih banyak penyamar noda daripada yang diperlukan. Apabila menggunakan penyamar noda berlebihan akan membuat solekan Nampak berkuping.
Langkah yang betul adalah setelah menyapu bedak asas dengan sempurna baharu letak penyamar noda di daerah yang diperlukan atau menutup kekurangan di wajah. kemudian adun sempurna dan hasilnya anda akan mendapat solekan yang semprna dan mulus.
Ramai wanita yang tidak menggunakan berus ketika menyapu bedak asas di wajah. Tetapi, kebanyakan jurusolek menggunakan berus untuk menyapu bedak asas agar solekan sempurna dan rapi.
Berus pula bukan boleh mengguanakan sebarang berus malah perlu menggunakan berus yang direka khusus untuk menyapu bedak asas. Teknik yang betul menyapu bedak asas menggunakan berus adalah dengan gerakan membulat.
Teknik ini bukan sahaja menjimatkan penggunakaan bedak asas malah menjadikan sapuan menyeluruh. Jangan lupa bersihkan wajah dengan sempurna daripada sebarang solekan sebelum tidur.
Artikel Berkaitan:
Ini Rupanya 3 Teknik Mudah Kenal Pasti Kulit Anjal Atau Tak, Penyebab Wajah Kering & Kusam
Elak 7 Kesalahan Ini Bila Pakai Bra. Ambil Tahu & Ubah Supaya Selesa Memakainya, Bukan Menyakitkan!