Nak Masuk Kluster Kulit Glowing, Rajinkan Diri Tepek Masker Ini

Share

Kalau suka sangat kulit glowing, kena rajin belai kulit wajah. Tak boleh skip pakai cuci muka, pelembap, pelindung cahaya matahari, dan serum.

Tetapi semua itu memerlukan modal yang banyak untuk cantikkan kulit. Jadi anda boleh menggunakan petua Puan Nurasykin Ali

dengan memilih dua bahan dapur yang digaul untuk hasilkan masker terbaik. Jom kita tengok!

Petua Kulit Glowing

Kak ekin tengok cermin pagi tadi. Kusam teruk muka haaa. Asyik masuk dapur saja. Budak-budak yang lapar, mak yang habiskan. Perut kenyang terus tidur tak cuci muka. Itu yang parah!

Nasib baik ada tepung beras dengan yogurt buat habuan. Terus ku tenyeh buat masker. Jangan ingat keluar je kena pakai topeng, kat rumah pun kena bertopeng tau!

Bahan yang diperlukan:

Tepung beras
Yogurt Natural

Campur yogurt, tepung beras dan sedikit air. Gaul biar sebati macam ini. Tepek lah kat muka atau badan.

Ini kebaikan tepung beras:

1. Tanggalkan sel kulit mati
2. Buang minyak berlebihan pada muka
3. Cerahkan kulit muka
4. Atasi kulit kusam
5. Kurangkan jerawat

Kalau rajin buat 3-4 kali seminggu. Barulah kluster mak-mak glowing gitu.

Published by
Nadia