Nak Kulit Glowing Dan Bersih, Jangan Malas Buat Semua Ini!

Share

Kalau nak kulit glowing dan bersih, jangan sesekali ada rasa malas buat semua ini ya. Elok bermula dari zaman anak dara, malah rutin kecantikan patut dilakukan dengan konsisten untuk memastikan kulit wajah terus kekal berseri dan cantik.

Nak Kulit Glowing Dan Bersih, Jangan Malas Buat Semua Ini!

Tahu tak, sinaran UV tidak bagus pada kulit. Bukan sahaja ia menyebabkan kulit menjadi kering, malah ia juga menjadikan kita tampak lebih tua. Jadi amalkan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari.

Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.

Jangan Malas Cuci Muka

Ini bukan mitos ya! Ramai yang beranggapan bawaha jika sering membasuh muka, muka akan sentiasa bersih dan berseri. Salah belaka! Sebenarnya, anda disarankan untuk membasih muka 2 kali sehari.

Jangan kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering. Apabila kulit menjadi kering, maka muka akan menghasilkan lebih banyak minyak dan berkemungkinan akan menyebabkan jerawat timbul dengan mudah. Boleh jadi juga jeragat akan keluar disebabkan kulit terlalu kering!

Skrub Wajah

Antara salah satu rutin yang harus anda lakukan ialah skrub wajah anda. Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah. Tapi kalau kulit jerawat, dengar kata Doktor kulit dulu.

@dr_ingky Scrub or to scrub #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok ♬ original sound – dr_ingky – Dr ingky

Banyak produk skrub dijual dipasaran dengan jenis tekstur dan fungsi yang berbeza. Jadi, pilihlah produk skrub yang betul mengikut jenis kulit anda!

Tahu Jenis Kulit

Untuk memudahkan anda membeli produk kecantikan yang berkesan pada kulit, pastikan anda memahami jenis kulit anda. Kenal pasti tentang masalah kulit anda supaya anda dapat memilih produk yang bersesuaian. Cara ini juga dapat menjimatkan kos dan masa anda dari membeli produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.

Pilih Gaya Hidup Sihat

Bukan sekadar mengharapkan kepada produk kecantikan, tetapi gaya hidup anda juga harus sihat dan berkualiti. Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit anda menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran. Dan jangan lupa buat senaman!

Kredit video: Dr_Ingky

IKLAN