Kalau anda nak kulit cerah dan tak kusam, ketahui cara skrub badan yang betul dulu. Ramai yang tak begitu rajin nak skrub tetapi sabun sahaja tak cukup sebenarnya ya.
Mandi menggunakan sabun atau mandian buih biasa boleh membersihkan badan daripada kotoran. Tetapi sel kulit mati tidak dibuang dengan sempurna dan akan mengakibatkan sel-sel kulit mati bertambah tebal.
Jadi anda boleh cub tip daripada Puan Zaty Asri yang menggunakan dua bahan sahaja untuk cerahkan kulit.
Zaty guna Sumber Ayu Scrub & Safi Minyak Zaitun Sumber Ayu Scrub:
– Kulit wangi yang lebih tahan lama.
– Mengangkat kotoran dan sel kulit mati dengan lebih baik.
– Skrub yang lembut dengan whitening complex yang membantu mencerahkan dan melembutkan kulit.
– Menjadikan kulit lebih halus Safi Minyak Zaitun
– Melembapkan kulit.
– Memperbaiki kesihatan kulit.
– Dapat membantu untuk membersihkan solekan.
– Menyembuhkan kulit tumit yang merekah.
– Memastikan rambut kekal sihat.
Cara untuk skrub sangat mudah! Ikut sahaja langkah yang dikongsikan ini:
1. Masukkan scrub sumber ayu kedalam mangkuk. Boleh masukkan seberapa banyak yang anda nak.
2. Tuang minyak zaitun ke dalam mangkuk mengikut kuantiti yang lebih kurang dengan skrub.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Sapu pada kulit badan yang anda nak scrub.
5. Gosok perlahan lahan selama 2 minit. Jangan gosok kuat kuat.
6. Bilas menggunakan air sehingga bersih. Kalau anda nak kesan yang lebih maksimum, kena rajin buat.
Baru lah berpuas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!