Ramai bermimpikan kulit cantik tanpa jeragat dan jerawat, tetapi penjagaan asas untuk wajah masih tak lengkap. Tak ada pencuci muka, pelembap dan masker. Malah lagi teruk langsung tak ada.
Jangan macam tu ya, paling malas anda kena ada pencuci muka dan sunscreen untuk lindung muka daripada cahaya matahari. Barulah kulit tak kering dan kusam.
Namun selain memakai produk penjagaan wajah, anda kena lah usaha konsisten pakai dalam masa yang panjang. Bukan minggu ni pakai, esok lusa dah berhenti. Mustahil untuk kulit sihat elok tanpa penjagaan yang rapi.
Anda perlu faham, langkah penjagaan kulit wajah sebenarnya amat ringkas. Tidak perlu guna wang yang banyak atau masa yang lama. Tapi berbalik pada langkah dan bahan yang asas.
Mari mulakan semula langkah asas penjagaan wajah.
1 Pembersih wajah
Pilih pembersih wajah menggunakan bahan bebas sabun, pewangi atau bahan-bahan yang menyebabkan kulit terasa lebih kering selepas membersih.
Kalau kulit jenis kering, lagi bagus yang tidak berbuih.
2 Penyegar
Langkah ini tidak wajib pun tapi cukup membantu untuk penyerapan produk yang seterusnya. Malah toner juga mampu membersihkan sisa kotoran selepas mencuci wajah dan mengunci kelembapan pada wajah. Nak glowing kan, jadi pakailah penyegar ya!
3 Pelembab
Tolong jangan lupa pakai pelembab! Tidak kira kulit kering, sensitif atau berminyak sekalipun, kulit anda perlukan kelembapan ekstra untuk kekal berdaya.
Tanpa pelembap, itu yang kulit makin kering dan naik jerawat pasir. Ini basic paling mudah, pakai pelembap pagi dan malam.
4 Produk untuk masalah kulit anda
Ini tambahan mengikut keperluan kulit. Sebagai contoh, serum anti-penuaan atau memudarkan parut jerawat. Rutin waktu malam juga anda kena biasakan pakai serum.
Ya, serum lah yang buat kulit makin cerah dan segala cela akan hilang. Contohnya, jeragat dan parut jerawat akan pudar jika anda pakai serum.
Tapi beringat, jangan sapu serum vitamin C kalau anda masih ada jerawat yang aktif. Nanti makin teruk kulit tu nanti.
5 Krim pelindung matahari
Masih ramai lagi yang tak mahu menyapu krim pelindung matahari. Tahukah anda, cara ini mampu mengurangkan risiko garis halus, pigmentasi dan kekeringan kulit akibat sinaran matahari.
Kalau duduk rumah sekali pun, anda wajib pakai sunscreen tau! Cahaya tetap masuk malah waktu keluar siram pokok dan sidai kain pun muka kita terdedah dengan cahaya matahari.
6 Pemakanan
Cantik dalam maka cantiklah luar. Hidrasi adalah kunci utama kulit berseri dan sihat. Tak lupa pemakanan yang seimbang, tinggi serat dan vitamin dari buah-buahan serta sayuran.
Sebaiknya kurangkan solekan tebal dan gunakan cleansing balm untuk menanggalkan solekan. Selain dari itu, ikuti langkah diatas.
Harap membantu untuk anda rileks dapatkan kulit yang berish serta sihat!