Nak Kecilkan Pori Dan Kulit Jadi Anjal, Semburlah Air Timun, Green Tea, Tomato Pada Muka

Share

Jika anda mahukan kecilkan pori dan nak jadikan kulit anjal tanpa menggunakan produk mahal, anda boleh cuba membuat sendiri air toner daripada bahan alami.

Walapun bahan ini biasa digunakan kebanyakan orang yang amal petua cantik, kali ini ada bezanya apabila Puan Nur Hidayah Othman memasukkan green tea dan tomato sekali ke dalam air timun.

Lebih menarik, hasilnya kulit jadi flawless dan tidak lagi kering walau tidak memakai pelembap muka. Jom, tengok bahan-bahan dan cara yang dia gunakan.

Kecilkan Pori Dan Kulit Jadi Anjal

Bahan-bahan:
1. Sebiji tomato
2. Timun
3. Green tea serbuk atau Uncang

Cara buat:
1. Rendam green tea dengan air panas dan biarkan sehingga jadi suhu normal.
2. Parut dan perah jus timun dan tomato.
3. Campurkan air green tea dengan jus tomato timun tadi.
4. Masukkan dalam botol spray.
5. Simpan dalam peti sejuk.
6. Anda boleh guna bila-bila sahaja ya.
7. Sembur dimuka, leher, siku dan mana mana bahagian yang ada black spot.

Ini kelebihan buah tomato, timun dan green tea.

Tomato
1. Kaya dengan vitamin A dan C. Semakin masak ranum semakin tinggi vitamin.
2. Tinggi LIKOPENA. Antioksidan yang melawan radikal bebas asap rokok, asap kete, asap hitam.
3. Menyejuk dan menyerap minyak dari kulit.
4. Liang pori mengecil, kulit jadi sekata dan cerah.

Timun
1. Menghalus dan meremajakan kulit.
2. Merawat kulit terbakar dan kering.
3. Mengecilkan pori dan melembabkan kulit.

Green Tea
1. Membuat kulit anjal dan tegang.
2. Menyihat, menyembuh noda dan bekas luka serta radang radang.

Haa.. jangan malas-malas kalau nak kulit cantik cara jimat. Air toner ni memang glamour sangat di kalangan orang ramai yang suka mengamalkan bahan alami untuk cantikkan wajah.

Published by
Nadia