“Muka Saya Berjerawat, Sesuai Tak Nak Pakai Mekap Doktor?” – Ini Penjelasan Pakar Kulit

Share

Ramai yang beranggapan jika muka berjerawat tidak digalakkan untuk memakai mekap kerana bimbang wajah menjadi lebih teruk disebabkan kandungan bahan kimia kosmetik.

Namun sebenarnya bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat boleh mengenakan mekap untuk menaikkan keyakinan diri.

Perkongsian Pakar Kulit, Dr Syazween di laman twitter memberitahu tip untuk mengatasi masalah ini.

Pertama pilih mekap dengan betul, cari yang tulis oil-free

Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci yang lembut. Guna air suam-suam kuku

Elakkan pakai mekap seharian berpanjangan

Paling penting buang mekap sebelum tidur, gunakan makeup remover

Elakkan juga pakai mekap tebal, yang ringan-ringan sudah memadai

 

 

Jangan lupa cuci berus mekap setiap minggu, cuci lebih kerap kalau kotor

Lagi satu jangan share berus mekap dengan orang lain

Kalau ada jerawat, jangan cover dengan mekap. Terus saja berjumpa doktor

Kalau boleh biarkan saja wajah tanpa mekap jika masalah jerawat jadi teruk

Artikel Lain: Konsisten Setiap Hari Joging 4KM, Rahsia Lelaki Ini Kurus Dalam Masa 6 Bulan

IKLAN