Muka Glowing Dan Bersih Dengan Masker Tepung Beras

Share

Kebanyakan perempuan cukup suka kulit muka glowing dan bersih tanpa sebarang cela. Tanpa memerlukan produk yang mahal, anda boleh cuba tip orang dulu-dulu ini.

Muka Glowing Dan Bersih Dengan Masker Tepung Beras

Apa yang menarik, Puan Fazreen Saini ada kongsikan pengalaman dia menggunakan masker tepung beras ini.

Perasan seminggu dua ni muka berjerawat dan cepat berminyak. Fikir balik, ni mesti gerangan asik makan makanan bergoreng je semenjak perintah berkurung ni.

Ingat, pemakanan pun kena jaga kalau nak dapatkan kulit yang cantik. Kalau ikutkan hati nak saja guna skincare.

Tapi bila fikir balik nak konsisten guna skincare tu memang ke laut. Lagi satu, lambakan skincare di pasaran lagi buat pening nak pilih mana yang cun untuk kulit sendiri.

Jadi, akhirnya jumpa satu petua mudah yang berkesan hilangkan masalah kulit.

Bahannya pun satu sahaja. Tak payah campur benda lain. Sebab, kita tak tahu tindak balas sesuatu bahan tu bila bercampur dengan bahan lain.

Bahan:

Tepung beras

Selalunya kita buat untuk masak tapi kali ini nak jadikan masker. Bagi anda yag tak tahu, ini kebaikan tepung beras ini.

Kebaikan tepung beras

Menyerap minyak berlebihan di muka
Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
Tiada bahan kimia
Mengurangkan jerawat
Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Menyerikan kulit muka

Cara-caranya:

1. Ambil sesudu tepung beras tadi letak dalam piring atau bekas.
2. Letakkan sesudu air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni. Guna air suam je.
3. Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah tapi lapik sikit bantal tu dengan kain batik ke ape eh.

4. Amalkan setiap hari dan boleh tengok kesan dia. Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah. Jerawat pun susah nak muncul kembali.

Ini rupa selepas sapu masker. Tengoklah hasilnya.

Menarik bukan? Anda sendiri boleh cuba buat dulu, semoga perkongsian ini bermaafaat buat anda yang suka jaga kulit muka dengan cara bahan alami.

Published by
Nadia