Sejak mengubah gaya berpakaian kepada lebih santun, penampilan penyanyi, pengacara dan usahawan Nana Mahazan, 39 tahun dilihat semakin cantik dan anggun.
Namun disebalik sikapnya yang sentiasa ceria dan aktif, rupanya Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, juga sebenarnya pernah berdepan dengan masalah kulit wajah berjerawat hingga breakout.
Menurut Nana dia mengalami masalah ini beberapa tahun lalu disebabkan masalah stress, perubahan hormon dan masa rehat yang tidak mencukupi.
“Waktu ini, nana Memang terus sibuk dengan kedja. Lepas dapat anak kedua, Nana terus shooting dan tiara masa retat dan tidur mencukupi.
“Malah waktu itu Nana rasa pemakaian skincare tidak begitu penting. Apatah lagi terpaksa gunakan mekap untuk tempoh lama bila ada shooting. Ini antara sebab wajah Nana alami breakout,” ujar Nana yang memberitahu agak lama berdepan masalah ini, sejak tahun 2017.
Tambahnya dalam masa setahun diambil untuk proses penyembuhan. Dia hanya bergantung pada penggunaan concealer pada seluruh wajah bagi menutupi cela ini.
“Memang Nana tak Aaan keluar tanpa mekap. Waktu itu memang Nana rasa sangat sedih dan down sangat.
“Makumlah kerja kita bergantung semata-mata pada penggunaan wajah. Hari-hari Nana tengok cermin dan menangis.
“Nana bersyukur suami ada di sisi waktu ini dan dia cadangkan Nana back to basic. Pakai skincare yang basic dan jangan terlalu over do guna produk.
“Memanglah waktu ini macam-macam dah Nana lakukan untuk pulihkan wajah, termasuk rawatan laser tetapi semuanya tak berhasil,” katanya yang tidak sampai diejek disebabkan masalah breakout dialami ini.
Walaupun ada rasa down tetapi dengan bakat yang ada, boleh menutup segala kelemahan yang ada dan diri jadi lebih selamat dan terjamin.
Tidak terus menoleh kebelakang, Nana cuba mencari penyelesaian dan kini berbangga mampu mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah sendiri.
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia juga bagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Usaha Nana menghasilkan produk berkualiti taraf antarabangsa dengan harga mampu milik memberi justifikasi cukup membahagiakannya.
“Ini antara sekecil kecil usaha saya menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan paksi mahu menolong rakyat Malaysia merasai ramuan bahan berkualiti dan menyamai taraf antarabangsa dengan harga mampu milik.
“Saya mahu semua rakyat Malaysia tahu produk ini sangat bagus dan terbukti sudah menolong ramai orang. Sudah ribuan testimoni yang berjaya mendapatkan kembali kulit sihat.
“Malah ada testimoni daripada seorang lelaki yang daripada kulit teruk, tapi kini bersih dan sihat. Perubahan itu buat saya teruja, gembira bercampur tangisan kerana usaha diteroka membuah hasil.
“Ramai juga ejen saya berjaya keluar daripada zon selesa mereka dan mula menjana pendapatan. Itulah yang saya harapkan dengan perniagaan ini yakni sama sama berkongsi rezeki. Ada di kalangan stokis meraih RM100,000 sebulan. Itu kejayaan yang sangat ‘wow’,” katanya.
Di akhir bicara, wanita yang kekal ‘stailo’ sekalipun bertudung itu sedar perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh tekan https://linktr.ee/nanamahazanhq untuk info lanjut.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimana nak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri.
“Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya mengakui suka melawa dan bersolek dan antara sebab mengapa memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty (boleh beli disini) sejak 2018.
Artikel Lain:
Aktif Bersukan. Nana Mahazan Kongsi Tip Untuk Rajin Workout & Jadikan Rutin Harian!
“So Pretty …” – Pilih Gaya Longgar & Stailo, Penampilan Terbaru Nana Mahazan Dapat Pujian Netizen