Kecantikan

Mekap Tak Tahan Lama, Nak Kena Pakai Setting Atau Fixer Spray?

Share

Pernah tak anda pakai setting spray tetapi mekap tetap tak tahan lama dan smudge sana sini?

Sebenarnya anda pasti ke fungsi makeup spray yang dipakai itu untuk buat makeup tahan lama? Haa… ada dua jenis makeup spray yang banyak jual kat pasaran: Setting spray & Fixing spray.

Kalau sudah pakai spray yang betul tetapi makeup masih tak perform juga, mungkin disebabkan formula setting spray/fixing spray itu sendiri.

Setting Spray

 

•Fungsi utama

Bantu makeup untuk blend kat skin korang and bagi finishing makeup as natural as possible. Kira macam setting spray yang akan marinate makeup
anda.

Biasanya setting spray sekarang ada campur sekali bahan yang biasanya ada dalam fixing spray. Sebab itu lah setting spray boleh buat makeup
tahan lama.

Fixing Spray

•Fungsi utama

Bantu makeup korang tahan lama and kurang/tak smudge (kadang-kadang bergantung juga dengan base anda terutamanya formula foundation itu sendiri).

• Boleh juga gunakan fixing spray ini sebelum, semasa dan selepas makeup. Kalau l touch-up makeup, lebih baik pakai fixing spray sebab dikira “fix” makeup untuk nampak lebih cantik.

Haa, sekarang dah tahu kan? Selepas ini jangan salah pakai lagi ya!

IKLAN