Kecantikan

Mekap Raya Untuk Beginner, Tak Cepat Cair Dan Cantik!

Share

Jom belajar mekap raya dengan cara yang mudah dan simple bagi nampak cantik. Dengan cuaca musim panas, anda kena ketahui macam mana nak bagi maintain sahaja mekap di wajah.

1) Pertama, anda wajib prep skin dulu. Supaya foundation terletak elok pada kulit. Jangan lupa apply sunscreen dulu selepas sapu serum dan pelembap. Barulah senang mekap nak sapu mekap.

2) Base makeup. Lukis kening sebab nanti kita akan conceal kening ikut bentuk yang betul. Lepas itu pakai foundation ikut keselesaan masing-masing.

Settle sapu anda boleh letak concealer di bawah mata, dagu, atas hidung, dahi dan tempat yang ada parut. Dap lagi sampai sekata.

Akhir sekali baru letak loose powder satu muka. Tapi pastikan bawah mata letak paling banyak nak elak crack yang terlmpau teruk bawah mata.

Haaa… jangan lupa sapu lipstik! Pasti cantik berseri dan mekap tak cepat crack walau seharian beraya. Nanti cuba, ya!

Published by
Nadia