Masker Magis, Jeragat Terus Hilang Lepas Konsisten Pakai

Share

Tak sangka, jeragat terus hilang lepas pakai masker magis ini! Menerusi pengalaman seorang wanita, Puan Aisyah Badar Bajrai, masker ini guna bahan dapur saja. Tetapi macam biasa, paling best sebab kos dia murah.

Cerita Puan Aisyah, masa jumpa resepi ni dia macam tak percaya sangat. Sekali tengok ramai bagi feedback positif. Jeragat sebelum ni yang setebal awan mendung tetiba boleh nipis. Ada jeragat terus hilang lepas konsisten pakai masker ni.

Tapi macam biasa, ini rawatan alami. Bukan guna bahan kimia. Jadi kesan dia perlahan tapi selamat tuk kulit kita. Pastu yang bestnya masker ini boleh cerahkan kulit muka juga.

Ehhh, kalau ada masalah jerawat pun boleh pakai masker ni sebab semua bahan-bahan masker ni bagus untuk halau jerawat.

Masker Magis, Jeragat Terus Hilang

1 biji kentang rebus
1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon
1/2 sdk kunyit serbuk
Air rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.

Cara-caranya:

1. Kisar semua bahan ini sampai dia jadi paste cam custard, betul-betul halus. Pastikan paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.

2. Anda urut muka dengan masker ni selama 2 minit. Selepas itu biarkan kering kejap dalam 15 minit, jangan lebih! Sebab takut muka kering sangat nanti.

3. Baki masker ni anda masuk mangkuk bersih bertutup. Pastu simpan dalam esok. Boleh tahan untuk 5-6 hari gitu.

Siapa yang ada masalah jeragat teruk, boleh pakai masker ni hari-hari. Bila dah ok, anda pakai seminggu 4 kali saja.

Tapi ingat, jangan pakai lebih dari 15 minit, nanti kulit anda boleh kering. Pastu anda boleh pakai waktu malam jek.

Tips penting:

Jangan lupa pakai sunblock waktu siang. Baru lah jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.

Selamat mencuba.

Published by
Nadia