Tak sangka rupanya lobak merah pun cukup membantu cantikkan kulit wajah yang ada masalah parut jerawat, malah boleh membuatkan kulit kusam jadi lebih sihat dan bersih.
Nak tahu macam mana nak jadikan lobak merah sebagai masker, jom lihat perkongsian resipi masker kulit licin dari laman Tiktok Teamon Malaysia.
Selain menggunakan lobak merah sebagai bahan terpenting membuat masker wajah ini, anda juga memerlukan serbuk oat dan madu.
Melalui video tersebut, oat dan madu berfungsi untuk menghaluskan dan melicinkan kulit.Yang mana, oat boleh membuat pembersihan mendalam (deep clean) pada kulit wajah yang akan menyingkirkan kuman atau kotoran tersembunyi. Dua bahan tersebut juga sangat anti bakteria.
Jadi, jom lihat cara penyediaannya di bawah:
Carrot
12 sudu serbuk oat
4 sudu madu
Ambil beberapa biji buah lobak merah dicuci bersih dan dibuang kulitnya serta dipotong kecil.
Kemudian, kisarkan sehingga halus di dalam mesin pengisar.
Setelah itu, bawa keluar dari pengisar dan tapiskan ia sehingga mengeluarkan air lobak merah.
Di dalam sebuah bekas berisi air lobak merah tadi, campurkan pula serbuk oat dan madu.
Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
Nah, masker lobak merah pun terhasil! Anda boleh sapukan di wajah 3 kali seminggu dan akan lihat keberkesanannya selepas itu. Kulit wajah jadi semakin halus, licin dan bersih.
Sumber: Tiktok Teamon Malaysia