Nampak menarik masker kunyit madu ini, nak buat pun senang. Tak perlu lagi habiskan duit beli mask di kedai, anda boleh hasilkan sendiri.
Menerusi perkongsian Puan Nursha Salleh, inilah rahsia untuk jaga kulit wajah yang jimat poket. Jangan takut nak cuba sebab petua ini memang ramai dah amalkan.
Haaa… kata wanita yang mesra digelar kekcha ini, dia pakai setiap malam. Cukup sapukan TURMERIC FACE MASK dan putih telur yang diletak sedikit madu, lemon, dan yogurt, kulit jadi bersih!
Masker Kunyit Madu
Cara- cara buat masker kunyit ni senang je.
Campurkan kunyit ( 1 sudu teh untuk pakai seorang) dan putih telur dan madu, minyak vco, santan, yogurt) dalam satu bekas.
Kemudian kacau hingga sebati.
Sapu pada kulit wajah. Biarkan 15-20 minit. Kemudian bilas. Dan saya pakai pencuci muka untuk cuci muka. Kemudian, cubalah pegang kulit muka. Lembut je rasa!
Boleh kongsikan kepada kawan-kawan yang ada masalah jerawat yang teruk.
Boleh pakai 3-5 kali seminggu, pakai selama 10-20 minit kemudian bilas. Lebihan tu boleh simpan dalam peti ais ya.
Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…
Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…
Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…
Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…
Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…
Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…