Mesti ada yang rasa kurang yakin nak pakai masker biji rami tetapi kalau tengok hasilnya pasti anda rasa teruja.
Nak-nak buat kulit nampak glowing, jom tengok petua yang dikongsi oleh saudari Sheda Kainat sekejap. Kemudian, masukkan dalam senarai untuk buat kulit cantik.
Mask buatan sendiri ini hanya memerlukan 3 bahan utama sahaja dan hanya perlu mencampurkannya sekali. Tak perlu bayar mahal-mahal untuk dapatkan kulit idaman anda.
Biji rami (flaxseed)
Tepung beras
Air
1. Letak biji rami, air dan tepung beras secukupnya ke dalam kuali.
2. Buka api dan masak sehingga menjadi seperti pes serta pekat.
3. Kemudian, biarkan sehingga sejuk.
4. Bila dah sejuk, sapu di seluruh muka dan biarkan sehingga 20 minit.
5. Setelah itu, bilas menggunakan air bersih.
Kulit anda akan rasa lembut, licin dan berkilat.
Selain digunakan untuk kulit, biji rami juga mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya adalah:
Membantu proses pencernaan
Mengawal paras gula
Mengurangkan risiko diabetes
Menurunkan berat badan
Mengurangkan rasa lapar
Kaya dengan omega 3
Mencegah kanser
Kaya dengan fiber
Menurunkan kolesterol
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!