Kecantikan

Masalah Maskara Kering, Jangan Buang! Boleh Buat Macam Ini

Share

Kalau ada masalah maskara kering di rumah, jangan buang! Tetapi anda masih boleh guna dengan beberapa cara.

Biasanya maskara bukan habis ya, tetapi cepat kering jika salah gaya simpan dan jarang guna.

Masalah Maskara Kering

Jika berdepan masalah ini, maskara jangan dibuang sebaliknya boleh gunakan lima tip ini.

1. Rendam dalam air panas

Rendam maskara yang kering dalam mug berisi air panas tapi bukanlah yang mendidih. Rendam selama lebih kurang lima minit dan lihat hasilnya.

2. Baby oil

Kebanyakan rumah mesti ada baby oil jadi titiskan minyak ini untuk mencairkan maskara. Letak dalam 1-2 titis kemudian goyangkan berus maskara. Elak meratakan minyak dengan cara mengepam berus maskara berulang kali.

3. Ubat titis mata

Selain untuk merawat mata yang kering, ubat ini juga boleh mencairkan maskara yang sudah bergumpal. Letak beberapa titis ubat mata ini dalam maskara mengikut kadar kecairan yang dikehendaki.

4. Gel lidah buaya

Ini pula menggunakan bahan semula jadi. Tambahkan sedikit saja (hujung jari) gel lidah buaya dalam maskara yang kering. Putarkan maskara menggunakan kedua telapak tangan anda supaya gel tadi sebati dalam maskara.

5. Petroleum jelly

Cara ini hanya sesuai digunakan untuk maskara yang kering dan bukan bergumpal. Letakkan Petroleum jelly pada maskara dalam ratakan menggunakan berus maskara.

Tip Elak Maskara Kering

Jangan mengepam berus maksara sebelum menggunakannya, ini akan menyebabkan udara masuk dan mengeringkan maskara. Sebaliknya goyangkan sikat maskara ke kiri atau kanan untuk sebelum menggunakannya.

Hah, selepas ini anda boleh semak maskara yang ada di rumah, kalau kering cepat-cepat cuba tip ini.

Sumber: Vanilla Kismis

IKLAN