Mampu Senyum & Kekal Cantik Waktu Meneran. Elfira Dedah Kelebihan Ambil Epidural Bersalin Anak Kedua! Baru sahaja melahirkan anak keduanya, pelakon Elfira Loy dipuji pengikutnya kerana nampak tenang dan cantik sewaktu detik melahirkan anak keduanya, Nur Arial Mikayla 20 Mei lalu.
Video yang dikongsi olehnya memperlihatkan momen dia melahirkan puterinya dalam keadaan tenang malah boleh tersenyum sepanjang proses melahirkan berkenaan. Ramai yang meminta bagaimana dia boleh setenang itu ketika dalam bilik bersalin.
Artikel Lain: Gara-Gara Stres Sampai Muntah & Sesak Nafas. Elfira Loy Akhirnya Serah Diri Ke Hospital
Elfira turut menjelaskan bahawa dia mengambil epidural untuk percepatkan bukaan sekaligus memudahkan urusan bersalin kerana semasa melahirkan anak sulungnya sebelum ini, dia terpaksa menahan sakit selama berhari-hari tetapi bukaan masih 2cm.
Artikel Lain: Pernah Jadi Atlet Lompat Jauh. Elfira Akui Mengidam Lompat Kolam Pakai ‘Heels’, Walau Sarat Hamil!
Bukan itu sahaja, Elfira turut menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu proses itu.
Untuk info, Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan dikurnikan dua anak, Muhammad Rayyan Khalaf, 3 tahun dan Nur Aria Mikayla.
@elfiraloy nurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah♬ original sound – Elfira Loy
Artikel Lain: Ketumbit Sebab Jangkitan Kuman. Pakar Nasihat Basuh Bulu Mata Jika Kerap Pakai Eyeliner!