Sebut saja nama Datin Seri Maria Farida, sememangnya ramai mengagumi kecantikan pelakon itu yang tetap nampak muda meskipun usia mencecah 55 tahun.
Baru-baru ini, Maria dilihat ada memuat naik gambarnya berada di tepi pantai mengenakan dress berwarna putih sekaligus menjadi perhatian ramai.
Bukan sahaja memiliki kulit wajah yang bersih tetapi sungguh teruja melihat bentuk badannya yang macam anak dara dalam usian 50an.
Diruangan komen rata-rata netizen kagum melihat kecantikan pelakon itu serta bertanyakan petua bagaimana pun kekal kelihatan muda seperti Maria.
Malah, ada yang mengatakan pelakon itu dilihat semakin muda dan kecantikannya mengalahkan anak dara. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka seolah tidak percaya pelakon itu sudah berusia 50-an.
Sering berkongsi rutin kecantikannya di laman Instagram, tidak pelik jika Datin Maria memiliki kulit yang cantik dan bersih.
Hah, kalau anda pun nak awet muda dalam usia 50an, kena rajin masuk Spa dan amalkan set penjagaan wajah yang betul juga lah ya!
Kredit gambar: Datin Seri Maria Farida