Sebagai seorang wanita, selain menjaga kesihatan tubuh, pastinya mereka akan sentiasa memastikan kecantikan kulit wajah agar tidak kelihatan kusam dan kurang berseri.
Tidak perlu bergantung pada penggunaan kosmetik, asalkan tahu penjagaan yang betul dalam memastikan wajah kekal sihat & cantik.
Perkongsian rutin cantik dikongsi pengacara, penyanyi dan pelakon, Janna Nick yang dimtuat naik dalam laman sosial Instagramnya baru-baru.
Menurut selebriti berusia 25 tahun itu, selepas bekerja misalnya selesai mengacarakan program Melodi, perkara pertama dilakukan adalah mencuci solekan termasuk menanggalkan bulu mata palsu.
“Sejujurnya, saya tidak suka bersolek. Jika mekap pun konsep solekan nipis dan natural berbanding tebal. Sebab itu, habis saja kerja saya akan segera bersihkan mekap supaya wajah tak rasa melekit.
“Kadangkala kulit wajah kita perlu bernafas. Bagi individu yang mengalami masalah kulit, jangan fikir hanya produk kecantikan boleh membantu merawat, tidak,” katanya.
Tambah Janna laagi, ironinya dengan mengamalkan minum air putih dan mengelakkan air manis dan makanan berminyak dapat membantu menyihatkan, sekali gus mencantikkan kulit wajah.
“Bagi saya, rutin penjagaan ideal haruslah bermula dari dalaman. Barulah kulit wajah kita sentiasa bersih,” ujar pelakon kelahiran Sg Petani, Kedah ini.
Dalam video berdurasi 2.07 minit tersebut, Janna turut menunjukkan dua langkah asas penjagaan kulit wajah.
Pertama, selepas menanggalkan bulu mata palsu dan kuku palsu dia akan mencuci mekap menggunakan tisu lembut dan minyak Argan.
Kemudian, Janna akan membersihkan kulit wajah menggunakan pencuci pilihan mengikut kesesuaian kulitnya sebelum membilas dengan air yang bersih.
Menurut Janna yang berusia 25 tahun ini percaya kulit wajah yang haruslah bermula daripada dalaman seperti mengamalkan minum air putih dan elak makanan berminyak.
Diakhir perkonsiannya Janna sempat menitipkan pesanan:
“Bagi kekal yakin tampil tanpa solekan, paling penting memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat.”.
Kredit Foto: Instagram Janna Nick
Artikel Berkaitan:
Kurus Bukan Nak Cantik & Sihat Je, Tapi Mudahkan Buat Ibadah. Ini 18 Mitos Diet Kena Tahu!
Nak Wajah Cantik & Glowing, Buat Sendiri Masker. Guna Bahan Alami Lebih Selamat & Jimat!