Kecantikan

Lentikkan Bulu Mata Cara Mudah, Auto Nampak Panjang

Share

Kebanyakan wanita cukup suka lentikkan bulu mata dengan menggunakan macam-macam cara. Malah ada yang sanggup pakai bulu mata palsu sebab nak nampak cantik di bahagian mata.

Jadi kali ini anda boleh cuba tip daripada saudari Iera cara nak lentikkan dan panjangkan bulu mata.

Lentikkan Bulu Mata

Tricks ini sebenarnya dah lama dah tapi mungkin ada yang baru nak belajar tentang mekap.

Perlukan dua bahan sahaja iaitu maskara dan juga loose powder. Ya, dua bahan sahaja pun dah boleh lentik cantik!

Ini mascara daripada Essence, jenis sweatproof and waterproof senang nak tanggal dan tak buat mata anda hitam langsung.

Paling best boleh buat bulu mata jadi lebat dan lentik sangat. Untuk loose powder pula, guna loose powder daripada pinkflash cosmetic.

Cara -caranya :

1. Ambil mascara anda
2. Apply pada bulu mata anda
3. Ambil loose powder
4. Apply pada bulu mata menggunakan brush kecil
supaya ia senang kena pada satu-persatu bulu mata
5. Ambil mascara balik Apply layer kali kedua pula
6. Dah siap

Haaa.. nanti boleh tengok perbezaan bulu mata anda sebelum dan selepas guna tip ini. Memang lentik, habis!

IKLAN