Lemon Detox Bantu Kempiskan Perut. Amalkan Minum Setiap Pagi Untuk Hasil Lebih Cepat!

Share

Perut buncit memang menjadi antara masalah yang sering dihadapi oleh setiap wanita. Jika berterusan keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu kelihatan seperti mengandung.

Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan perut buncit ini dan salah satunya menggunakan petua tradisional melalui dua bahan dapur saja.

Cara membuatnya juga senang dan boleh dibuat stok banyak-banyak.

Perkongsian Mim Yusof cara membuat lemon detox tanpa menggunakan modal banyal. Bukan saja untuk kempiskan perut tapi dengan khasiat lemon detox boleh membantu membuang angin, melawaskan pencernaan, hilangkan sakit tekak dan banyak lagi.

Lemon Detox Untuk Bantu Kempiskan Perut

Bila yang suka makan, tentu tak kisah makan apa saja. Tapi yang risaunya makan terlalu banyak boleh buat perut buncit dan juga masalah lain yang kita tak tahu. Jadi, untuk elak masalah ini, bolehlah cuba lemon detox.

Ia membantu untuk melawaskan pembuafngan, Hilang sakit tekak, buang angin, kempiskan perut yang buncit. Syaratnya kenalah sentiasa amalkan minuman ini.

Ni bahan dia.

– Lemon (kak mim guna 5 biji lemon)

– Halia (kalau tak nak bubuh pun Takpe tapi lebih best bubuh, buang angin)

– 350 ML madu asli

– Sedikit garam bukit

– Gula merah (kalau suka)

Cara Membuat:

– Rendam lemon dan halia dalam air garam bukit dalam 10-15 minit.

– Pastu potong nipis-nipis macam ini.

– Masukkan dalam balang, bubuh sikit garam bukit.

– Kemudian tuangkan madu.

– Macam ini rupanya.

– Tutup kemas-kemas, simpan dalam peti ais.

Artikel Lain: Elak Telan Paracetamol Lepas Makan Durian. Pakar Jelaskan Bahaya Menanti!

IKLAN