Lelaki Ini Kongsi Amalan Berkesan Buat Kulit Cantik Dan Badan Ideal

Share

Nak kulit cantik ini bukan sebab mahu bertanding dengan orang lain tetapi rasa puas untuk diri sendiri dan selesa tak perlu pakai mekap tebal bila nak ke mana-mana.

Apatah lagi, memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat bukan hanya menjadi keutamaan orang perempuan malah orang lelaki juga tidak ketinggalan.

Lelaki Ini Kongsi Amalan Berkesan Buat Kulit Cantik Dan Badan Ideal

Ini seperti mana Naif Safuan yang berkongsi tip penjangaan kulit wajah yang  sihat.  Bahkan menurutnya petua yang diamalkan itu boleh juga membantu untuk dirinya kuruskan badan.

Jadi buat anda yang sedang mencari petua cantik dan sihat, bolehlah cuba seperti yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan yang digunakan olehnya juga sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak itu sahaja, malah rasa air minuman yang diamalkan itu juga enak.

TIP PAKEJ KULIT CANTIK + BOLEH KURUS!

Bahan-bahan yang diperlukan

1 batang timun

2 biji epal hijau

2 biji buah kiwi

Cara penyediaan:

1.Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.

2.Masukkan air dan kisar hingga halus.

  1. Sedia untuk diminum.

KELEBIHAN AIR DETOX TIMUN/APPLE/KIWI:

 

Tip ni sangat membantu untuk dapatkan kulit yang cantik dari dalam. Selain dapat kuruskan badan dalam masa sama dapat merawat kulit bermasalah.

* Membuang toksin dalam badan.

* Mengurangkan minyak pada muka

* Menyegarkan muka yang kusam

* Melembabkan kulit wajah

* Merawat masalah wajah dari dalam

* Merawat masalah buasir dan sembelit.

* Membantu mengempiskan perut.

* Menghilangkan bau badan.

* Kelebihan timun & apple boleh membantu melicinkan kulit wajah. dan anti jerawat.

Tip: Disarankan minum dua kali sehari – 30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam.

Sumber : naif safuan

Published by
Nadia