Langsung Tak Ada Selulit Lepas Bersalin. Sonam Kapoor Dedah Petua Diamalkan Sepanjang Hamil! Bagi setiap wanita yang sudah melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah stretchmark atau selulit degil.
Jika mereka itu seorang public figure, berdepan masalah ini bagaikan satu ancaman kerana bimbang akan menjejaskan karier dalam dunia seni.
Artikel Lain: Bahaya Darah Beku Wanita Lepas Bersalin. Ini Sebab Dr. Amalina Keluar Berjalan-Jalan Dalam Pantang!
Namun bagi bintang Bollywood, Sonam Kapoor beliau mengakui tidak mempunyai masalah ketika fasa melahirkan serta dalam proses menyusukan anak.
Pelakon cantik ini turut berkongsi bagaimana dia memastikan tidak memiliki masalah kulit yang boleh mencacatkan penampilannya.
“Saya kini menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana memenuhi masa pantang dan cuba menjawab dengan sebaiknya.
“Fasa sebelum bersalin saya mungkin sedikit berbeza. Saya memang mahu bersalin secara normal.
“Jadi saya mempunyai seorang pakar yang menjaga ‘perjalanan’ kehamilan sehingga saya boleh melahirkan anak secara normal dengan baik.
“Dia menggunakan banyak praktis yang kreatif dan kaedah homeopati,” kongsi isteri kepada Anand Ahuja seperti dilaporkan Hindustan Times.
Dia kemudiannya mendakwa tidak memiliki sebarang selulit kerana mengamalkan beberapa kaedah sepanjang kehamilan.
Selain menggunakan beberapa produk, Sonam akan memastikan dirinya meminum kolagen, pengambilan pemakanan tinggi protein dan Vitamin C.
Sonam Kapoor selamat melahirkan cahaya mata sulungnya Vayu Kapoor Ahuja pada 20 Ogos lalu.
Artikel Lain: Rupanya Amal Jamu & Beras Kencur, Rahsia Cantik & Awet Muda Pengasas Mustika Ratu Di Usia 94 Tahun
Sumber: Astro Gempak
Artikel Lain: Usia Dah 63 Tahun, Tapi Aktif Senamrobik. Ini Rupanya Rahsia Datin Maria Arshad Kekal Cantik & Langsing!