Kecantikan

Kurangkan Masalah Jeragat & Parut Jerawat, Tak Suka Mekap Tebal Boleh Buat!

Share

Rupanya guna bedak sejuk campur dengan kunyit ini sangat membantu untuk merawat masalah jerawat di wajah.

Ini lah yang dikongsikan oleh Cik Mira dalam runtin kecantikannya yang diamalkan sebelum kahwin lagi. Sekarang kesannya memang tiada pasrut jerawat.

Kurangkan Masalah Jeragat & Parut Jerawat

Kalau keluar ke mana-mana, saya tak berapa gemar makeup tebal, suka nipis sahaja. Baru terasa kulit bernafas, bila makeup nipis, orang akan nampak jerawat, jeragat.

Sebab itu orang bertanya, senang jerawat di wajah saya hilang, haaa… ini caranya!

Rutin Malam

Jika muka ada jerawat, boleh apply sekali bedak sejuk tapi kalau tiada jerawat, boleh apply
scrub kunyit sahaja untuk memudarkan parut jerawat, jeragat, blackhead.

Pastikan cuci muka dahulu dan lap kering, apply scrub yg dibancuh ke muka.

Sambil apply, sambil gosok bahagian yang naik jerawat, jeragat, blackhead.

Biarkan seketika sampai kering dan basuh muka. Bila selesai keringkan muka ( akan rasa kulit lembut, licin, jerawat terasa mengecut), boleh apply mask muka atau losyen.

Biarkan semalaman, bangun pagi, kulit muka akan terasa segar, lembut, gebu seperti kulit bayi. Nanti jerawat dan jeragat akan nampak makin berkurangan dari hari ke hari.

Selamat mencuba!

IKLAN