Kurang Makan Nasi Sejak Lahir Anak Pertama, Rahsia Amy Mastura Awet Muda Dan Kecil Molek

Share

Melihat penampilan Amy Mastura yang maintain jelita dan langsing sejak awal kemunculan hingga kini membuatkan ramai tertanya-tanya petua kecantikan dan kesihatan diamalkan penyanyi ini.

Malah, dengan susuk tubuh kecil molek ramai tidak percaya bahawa penyanyi kelahiran Perak ini usianya sudah mencecah hampir 50 tahun.

Namun penampilannya seperti anak dara walaupun sudah melahirkan dua anak perempuan yang kini masing-masing sudah meningkat dewasa.

Artikel Lain: Mandi Sebelum Subuh & Minum Air Kunyit. Rahsia Azian Mazwan Kekal Fit & Bertubuh Langsing!

Tidak Makan Nasi Sejak Dulu

Dalam satu temubual dengan Harian Metro, Amy Mastura mendedahkan rahsia badannya kekal ramping kerana jarang makan nasi semasa mengandungkan anak pertamanya, Adriana sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya dia tidak kisah dan tidak mempunyai apa-apa simptom apabila tidak mengamalkan makan nasi seperti individu lain.

“Sejujurnya saya memang kurang makan nasi. Semasa mengandung Adriana, saya alah dengan bau nasi dan sejak itu keinginan untuk makan nasi dah hilang.

“Entah kenapa saya tak suka dengan bau nasi. Namun saya masih makan nasi tapi kuantitinya tak banyak sangat. Kalau makan pun dua tiga sudu sekadar nak campur dengan lauk.

“Kalau tiada nasi pun tiada masalah bagi saya dan digantikan dengan apa-apa pun okay. Tapi rasa manis kena ada. Saya amat menggemari kek coklat dan mujurlah tiada penyakit diabetis,” katanya.

Kekal Awet Muda

Sebelum ini setiap kali muncul di khalayak, Amy yang sudah berusia 51 tahun, mencetuskan kekaguman dikalangan peminat kerana dikatakan awet muda kerana wajahnya yang tidak makan usia.

Dia pernah berkongsi gambar perkahwinannya dengan suami, Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000 sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-21, dua tahun lalu dan rata-rata peminat kagum kerana wajahnya kelihatan muda berbanding usia sebenarnya.

Amy juga pernah mendedahkan sikap kelakarnya yang suka bergurau dengan Alvin menjadi petua awet muda serta kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini sudah memasuki usia 22 tahun.

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 21, dan Adalia, 18. Mereka juga dilihat sebagai pasangan dan keluarga bahagia kerana jarang mendengar sebarang kontroversi di media massa.

Amy yang juga bekas pramugari yang kini berada dalam fasa ‘jubli perak’ kariernya, pernah dikenali dengan lagu popular seperti Jawapan Kasih, Meniti Hari, Kasih, Diam Diam Rindu, Suria Khatulistiwa, Nada Rindu, Sha Na Na dan Lagu Happy.

Artikel Lain: “Jangan Banyak Stresskan Otak,” – Rahsia Melissa Saila Kekal Cantik & Awet Muda Di Usia 50 Tahun

Published by
Siti Zurina Mat Saman