Ramai mengkagumi kecantikan pelakon Kiah Pekasam, Rozita Che Wan atau Che Ta yang begitu bijak menjaga penampilannya.
Namun bukan hanya Che Ta, adik beradiknya yang lain juga turut kelihatan cantik, anggun dan menawan walaupun masing-masing usia sudah mencecah 40-an.
Terbaru di laman Instagramnya Che Ta ada muat naik video memaparkan majlis ulang tahun perkahwinan ke 13 adiknya, Datin Wira Rohaiza Che Wan dan suami.
Ternyata perkongsian ini turut mendapat perhatian warga maya dan rata-rata memuji kecantikan adik Che Ta, Datin Wira Rohaiza yang tampil persis model.
Jangan tak percaya adik Che Ta ini yang tampil menawan dan langsing ini mempunyai enam orang anak.
Dalam satu temu bual bersama majalah Nona, Datin Wira Rohaiza atau mesra dipanggil Jaja turut berkongsi tip kecantikannnya.
Menurut Jaja dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Jaja juga turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman.
“Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang larang yang mak ajar ketika berpantang.
“Jadi pemakanan sangat penting ketika berpantang. Saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam.
“Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun,” ujarnya yang memberitahu walaupun dikurniakan anak ramai tetapi anak-anak tidak banyak kerenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya.
Gemar melihat penampilannya yang sentiasa anggun, Jaja mengakui dia suka untuk kelihatan cantik.
Dia juga tidak terlalu berfesyen tetapi suka kelihatan sentiasa kemas setiap masa. Menurutnya rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga.
Melihat status yang dikongsi ini, ramai yang turut teruja melihat kecantikan Jaja dan mengharapkan rumah tangga dibina kekal till jannah.
Kredit Foto: Instagram Che Ta & Jaja
Artikel Berkaitan: Sentiasa Dipuji Cantik Setiap Kali Bangun Tidur. Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Che Ta, Lewat Usia 48 Tahun!
Cantik & Kekal Langsing, Che Ta Dedah Rahsianya Amalkan Minum Jus Buahan Buat Sendiri
Lepas 15 Hari Bersalin, Wanita Kena Buang Apendiks & Ovari. Gara-Gara Makan Ikan Haruan!