Penyanyi muda, Sharifah Aishah Retno atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno nampak semakin cantik dalam program pertandingan The Hardest Singing Show.
Berkat semangat kental serta tidak mudah putus asa akhirnya membuahkan hasil kerana Aisha juga layak ke pentas akhir The Hardest Singing Show dan mendapat tempat keempat dengan membawa pulang RM5000 atas usaha kerasnya.
Memiliki ibu bapa daripada dua negara berbeza, tidak pelik jika melihat air wajahnya unik dan mempunyai aura tersendiri walau tidak disolek.
Tidak lokek berkongsi rahsia penjagaan kulit wajahnya, gadis kacukan Malaysia-Indonesia ini mempraktikkan pemakaian makeup remover walaupun tidak bersolek. Katanya, walaupun kita hanya berada di rumah, masih ada kotoran yang mungkin menutup liang pori pada wajah kita.
Bagi mengelakkan kulit berjerawat pula, Aisha mengamalkan rutin penjagaan wajah seperti biasa iaitu dengan memastikan kulit sentiasa dibersihkan selepas mengenakan solekan.
Malah, seboleh-bolehnya tidak akan menyentuh kulit muka dengan tangan. Jika masalah kulit berlaku, akan minum banyak air dan tidak mengambil pengambilan makanan berminyak.
Aisha juga kongsikan rutinnya pada setiap pagi. Biasanya, dia akan mengurut muka terutamanya pada bahagian rahang pipi dengan menolak ke atas untuk menegangkan kulit wajah secara semuala jadi. Ini merupakan petua daripada ibu Aisha sendiri.
Jadi, buat anda yang nak kulit cantik tanpa perlu mekap tebal, boleh lah cuba tip daripada penyanyi wanita ini. Amalkan dari awal remaja sampai lah ada anak-anak, itu lebih bagus!
Kredit gambar: Sharifah Aisha Retno