Nak kulin licin tanpa perlu beli produk penjagaan wajah yang mahal, anda boleh amalkan pakai yogurt dan madu di rumah.
Sebab asid laktik dalam yogurt cukup bagus untuk bantu hilangkan jeragat. Haa… bonus lah dua dalam satu. Kulit makin licin. Jeragat pun makin pudar.
Ya, guna dua bahan je. Yogurt perisa asli dan madu. Jom semak tips cantik daripada Puan Daya Aslam ini seminit.
Pakai sudu yogurt tu je ambil setengah cup yogurt letak dalam mangkuk kecil.
Lepas tu ambil dalam 2-3 sudu madu.
Gaulkan bagi sebati gitu pakai sudu tadi je. Siap, senang kan?
Lepas tu apply kat muka macam masker. Biar sampai kering kat muka. Bila dah kering cuci dengan air. Amalkan 3 kali seminggu.
Hah, nanti tak ada lah masalah kulit kusam pada wajah anda. Boleh amalkan bila perlu dan yang lebih boleh simpan peti ya.
Jom cantik berjemaah!