Kulit Jadi Glowing Dan Anjal, Cukup Sapu Tiga Bahan Ini Saja

Share

Puas hati kalau cuba petua lama dan hasilnya kulit jadi glowing dan anjal, tak perlu lagi pakai mekap tebal yang menyusahkan nak ambil air wudhuk.

Sesuai dengan anda yang suka keluar tanpa sebarang nekap, jemput amalkan tips cantik daripada Puan Nur Asma Diyana

ini.

Kulit Jadi Glowing Dan Anjal, Cukup Sapu Tiga Bahan Ini Saja

Bahan-bahannya:

Telur putih
Kunyit
Tepung beras

Cara-cara:

1) Ambil telur putih sahaja.
2) Campurkan kunyit dan tepung kedalam telur putih
3) Kacau hingga sebati
4) Dah siap. Boleh sapukan dimuka.
5) Tunggu sehingga kering.
6) Dah kering. Boleh basuh.

Hasilnya best, kulit jadi anjal dan tegang. Nak pakai mekap pun senang sebab kulit dah fresh.

KELEBIHAN MASKER PUTIH TELUR

1. Mengecutkan pori yang terbuka
2. Kulit muka anda gebu bersinar dan lembut
3. Menegangkan kulit
4. Merawat kulit berminyak,
5. Membersih segala kotoran

KELEBIHAN MASKER KUNYIT

Apa yang menarik, masker ini membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat, memudarkan parut, memudarkan jeragat, mengecilkan pori, memberi kesan glowing pada wajah dan memberi kelembapan pada kulit wajah.

KELEBIHAN MASKER TEPUNG BERAS

� Menyerap minyak berlebihan dimuka
� Mencerahkan kulit dengan penggunaan konsisten
� Kurangkan masalah jerawat/ jeragat
� Mencegah/atasi masalah blackheads dan whiteheads.

Haaa.. tak susah pun nak jaga kulit, janji anda rajin. Ini pakai sambil masak dan tengok TV pun boleh.

Published by
Nadia