Satu bonus kalau dapat kulit glowing tanpa perlu mekap tebal, sebab itu tanda wajahnya sihat dan dapat penjagaan yang cukup.
Salah seorang yang layak dipuji berkulit cantik tanpa mekap ialah pelakon filem Bollywood, Katrina Kaif yang bukan saja terkenal dengan bakat lakonannya, tetapi juga kecantikannya.
Mana taknya, pelakon kacukan India-Inggeris ini memiliki kecantikan semula jadi yang tak perlu pun solekan tebal untuk tingkatkan lagi ciri-ciri wajahnya.
Katrina sudah berusia 39 tahun tetapi bagaimana dia menjaga dan kekalkan kulit wajahnya supaya sentiasa cantik, flawless dan glow tanpa perlu guna mekap yang tebal?
Sebenarnya rutin penjagaan wajah yang Katrina amalkan setiap hari adalah rutin yang sangat ringkas dan mudah.
Aktres ini dikatakan sangat pentingkan penjagaan dalaman dan juga luaran. Antaranya adalah:
1. Untuk kekalkan kesegaran kulit dan badan; Katrina akan amalkan minum segelas air kosong setiap pagi supaya aliran darah menjadi lebih lancar dan kulit makin glowing.
2. Sekiranya tidak menjalani sebarang penggambaran; aktres ini tidak akan memakai sebarang mekap dan lebih memilih untuk tampil dengan wajah yang polos.
3. Bagi kekalkan bibir sentiasa lembap dan kulit tidak terbakar akibat cahaya matahari, dia akan sentiasa membawa lip balm dan sunblock bersama.
4. Pastikan badan sentiasa berstamina dan tidak lesu dengan senaman seperti berenang, jogging, pilates, latihan beban, menari, yoga serta meditasi.
Dari segi diet pula, Katrina akan elak makan terlalu banyak karbohidrat dan lebihkan makan sayur-sayuran serta buah-buahan.
Simple kan kalau nak ikut?
Kredit: Katrina Kaif