Kecantikan

Kulit Glowing Dan Lembap, Sapu Saja 2 Bahan Ini Jadikan Masker

Share

Semua perempuan nak kulit glowing dan lembap tanpa perlu mekapkan wajah. Istilah kulit sihat itu memang sampai, orang kata.

Tetapi macam mana nak buat? Perlu ke pergi Spa setiap minggu untuk dapatkan kulit glowing?

Haaa… jom cuba petua cantik daripada saudari Farah Farzana, yang mana dia kongsikan tip nak buat masker paling jimat!

Cukup sesuai untuk kulit sensitif, anda boleh buang sel kulit mati yang mana cara ini akan cerahkan kulit dan membantu serum lebih mudah menyerap masuk ke dalam kulit.

Okay, sediakan dulu dua bahan ini:

1. Teh

2. Madu

Gunakan tea bag sebab texture tea pada tea uncang lebih lembut berbanding teh serbuk.

Langkah pertama, rendamkan teh uncang di dalam mangkuk bersama air suam. Biarkan teh betul-betul kembang dan lembut supaya senang untuk di oles pada kulit.

Langkah kedua, perah teh uncang sehingga benar-benar kering. Gunakan teknik genggaman pada tangan untuk membuang air lebihan teh uncang. Kemudian koyakkan dan letak di dalam mangkuk.

Langkah ketiga, letakkan madu ke dalam hampas teh uncang tadi. Gunakan apa jenis madu yang ada.

Langkah keempat, gaul rata madu dan hampas teh uncang sehingga sebati supaya senang untuk disapu pada wajah.

Resepi mask di rumah sangat simple dan senang. Paling penting jimat tapi banyak manfaat pada kulit.

Semoga tip cantik ini mebantu anda yang mahu kulit glowing sebelum raya nanti.

IKLAN