Kulit Dayah Bakar Pernah Bermasalah, Ini Yang Dibuat Untuk Pulihkan

Share

Senyuman pengacara, Dayah Bakar cukup mempersonakan apatah lagi melihat kulitnya yang begitu cantik dengan penampilan bertudung.

Namun semua orang akan ada fasa tertentu sebelum mendapat kepuasan dalam kecantikan kulitnya yang membuatkannya maintain pakai produk tertentu.

Begitulah juga yang dilalui oleh wanita yang aktif dalam bidang pengacaraan ini, kulitnya pernah ada beberapa masalah sebelum nampak mulus dan sihat seperti hari ini.

@dayahbakar
Jangan cuba diwaktu malam. Takut orang terkejut #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ Funny Song

Kulit Dayah Bakar Pernah Bermasalah, Ini Yang Dibuat Untuk Pulihkan

“Jujurnya bila bercakap mengenai skin breakdown. Tipu lah kalau kata tiada, meskipun nampak flawless dan saya tidak mempunyai masalah kulit serius seperti jerawat. Tapi saya punya muka, jenis yang cepat kering, mudah terbakar (Sunburn) dan berjelaga (tiny bumps). Lagi tak best apabila kulit saya akan ambil masa yang lama untuk dia recover semula,” ujar Dayah Bakar.

Tambahnya lagi, antara amalan yang dilakukan apabila mukanya berjelaga atau sedang mengalami fasa terbakar (sunburn) Dayah Bakar akan merehatkan mukanya daripada mengenakan sebarang solekan yang tebal agar kulit dapat bernafas dan kembali seperti sediakala.

“Jadi apa yang saya selalu amalkan, adalah cuba rehatkan muka daripada ‘heavy make-up’ setiap kali saya tiada kerja, sebab kalau kerja kita memang tak boleh nak elakkan,” jelasnya.

Amal Pakai Aloevera

Selain mengelakkan muka mengenakan solekan yang tebal, Dayah Bakar juga mendedahkan bahawa dia akan memakai Aloevera gel pada wajah. Tapi tip yang paling penting tanpa perlu mengeluarkan kos adalah seperti berikut.

“Lepas tu saya akan selalu pakai Aloevera gel daripada Wardah dan juga minum banyak air, sebenarnya Air kosong ini adalah tip kecantikan yang paling murah dan tidak memerlukan kos pun sebenarnya,” dedahnya.

Jangan Guna Produk Sebarangan

Elakkan daripada terus ikut cadangan orang lain untuk menggunakan sembarangan produk kecantikan, itu paling anda kena jaga. Mungkin produk itu berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak memberi kesan kepada kita.

Sebaiknya kita perlu memberikan masa yang sewajarnya untuk kulit sembuh, tanpa menggunakan terlalu banyak produk yang kita tidak tahu kemampuannya untuk menyembuhkan masalah kulit yang kita hadapi.

“For you to recover your skin and bagi saya satu lagi jangan mudah terpedaya dengan dakyah ‘yang ini elok, yang itu elok’ dan melompat-lompat produk.

“Kalau cuba sesuatu produk tu, ambil waktu lama sedikit, lagi-lagi kita nak bagi peluang dekat kulit kita untuk bernafas kan. Jadi itu je rutin yang saya amalkan,” katanya.

Agak disiplin juga Dayah Bakar dalam bab menjaga kulit wajah ya, jadi selepas ini anda pun boleh ikut tip cantiknya untuk bebas daripada sebarang cela. Paling penting, konsisten!

Kredit video: DayahBakar

Published by
Nadia