Jangan Buang Kulit Pisang. Diy Masker, Bajet Murah Kulit Gerenti Cantik!

Share

Ada pelbagai petua tradisional yang digunakan untuk terampil cantik secara semulajadi.

Tidak perlukan rawatan mahal sebaliknya hanya guna lebihan bahan yang mahu dibuang seperti kulit pisang.

Perkongsian wanita ini Rose Farra

menggunakan kulit pisang berangan untuk dibuat masker untuk merawat kulit jadi lebih mulus tanpa parut dan lebih cerah.

Artikel Lain: Kongsi Petua Wanita Thai Hilangkan Jerawat & Jeragat. Buat Sendiri Masker & Skrub Guna 3 Bahan Dapur!

Tidak susah untuk membuatnya hanya perlukan kulit pisang yang diadun bersama madu, kulit kayu manis dan serum.

Masker ini berupaya untuk membuang sel kulit mati yang boleh melambatkan penuaan seseorang.

MASKER RAWAT KULIT JADI MULUS, TANPA PARUT, LEBIH CERAH

Nak kulit muka sihat, cerah dan sentiasa BERSINAR, korang patut cuba. Rasa nak sentuh sentuh je pipi selalu tau.

Bahan:
1/2 pisang berangan
3 titis Serum ( untuk cepat resap dalam kulit )
1/2 sudu kecik kulit kayu manis
1 sudu kecik madu
1 sudu air masak

Cara:
1. Lenyek pisang, campur madu, kulit kayu manis tu parut boleh tumbuk pun boleh.
2. Last letak serum untuk cepat resap masuk kulit.
3. Cuci muka dan tangan.
4. Apply kat muka. Biarkan 15-20minit kat muka. Bilas. Akan rasa best sangad muka akan lebih mulus dan cerah.

Artikel Lain: Kongsi Tip Simple Mekap Tak Luntur & Maintain Glowing Seharian Ke Rumah Terbuka

KHASIAT:
– Pisang –
1. Ada vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus.
2. Buang sel sel kulit mati yang lambatkan pembaruan sel kulit baru.
3. Cerahkan kulit muka.

– Madu –
1. Kulit lebih halus bila di pegang lebih lagi campur dengan pisang.
2. Lembap kan kulit yang kering.
3. Cerahkan kulit dan sekatakan tona kulit.
4. Remajakan kulit dari nampak tua.
~ Kulit Kayu Manis~
1. Menghilang garis halus.
2. Menghilangkan parut hitam atau putih.
3. Mencerahkan kulit.
4. Menghilangkan jerawat.

– Serum –


1. Tujuan serum menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain.
2. Remajakan kulit.
3. Khasiat bergantung atas bahan dalam serum.
#Share jer untuk kulit mulus sebelom raya tiba. Amalkan tau bahan dapur jee.

~ Pencinta Kulit Geboo~
Rusmida Rusdi

Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!

IKLAN