Kulit Breakout Selepas Salah Pakai Produk, Tapi Wanita Ini Dapat Pulihkan Wajahnya

Share

Kalau tiba-tiba kulit breakout, anda jangan main sapu apa yang lalu depan mata. Bagi rehat dulu dalam 2 minggu dan kemudian cara produk yang selamat untuk wajah.

Ya, kena pastikan tiada bahan kimia yang tinggi dan nak selamat, ikut tip Si Oyen ini, sekelip mata wajahnya pulih daripada masalah breakout.

Kulit Breakout Selepas Salah Pakai Produk

Pergi drugstore cari Cetaphil yang biasa tu, tetapi jumpa yang ini. Cukup bagus boleh merawat dan mencerah, jadi grab sekalilah dengan toner.

Ingat nak beli day and night cream sekali tapi bajet lari pulak! Sekali nampak Wardah ni dan pernah baca kat group ni tentang kelebihannya. Harga memang mampu milik gais.

Balik rumah saya cuba semua memang berbaloi. Muka jadi lebih elok lepas 2 minggu.

Sungguh, Cetaphil ini memang best. Krim siang dan krim malam Wardah itu pun bagus seperti yang direview oleh orang ramai, teksturnya ringan.

Nak lindung kulit sepebuhnya, pakai sekali dengan Anessa sunscreen yang power dan best itu.

Nanti jangan lupa cuba juga, ya!

Published by
Nadia