Suka tengok kulit Ameera Khan yang cerah kemerah-merahan, nampak segar walau tanpa secalit mekap.
Apa yang menarik, adik kepada selebriti, Neelofa ini berkongsi tip cantik yang ringkas dan kita pun boleh buat di rumah. Bahan jimat dan mudah didapati di rumah, jadi jom baca perkongsinnya.
Tidak lokek berkongsi petua, ini yang lazimnya Ameera Khan lakukan.
Kongsinya, “mungkin ada yang tak percaya tapi I tak pakai pelembap, serum atau pun krim mata. Kalau ada event atau photo shoot, balik je dari rumah I akan mandi dan lepas tu letak mask Kora Organics.
“Pencuci muka pun I guna dari Kora Organics sebab ia organik. Setiap pagi dan malam pula I akan ambil ais letak dekat muka selama tiga minit. Bagus untuk kecilkan liang pori, mengurangkan dark circle, cegah pembentukan jerawat dan buatkan muka jadi lebih glowing.
“Hasilnya, my cheek jadi kemerah-merahan since the day I buat ice facial ni. Pastikan ais diletakkan terus on your skin. Selain itu, I juga minum banyak air kosong sehari,” jelasnya lagi.
Tidak hanya pakai pada waktu malam tetapi pagi pun Ameera sudah mulakan rutin penjagaan kulit wajah.
“Untuk pagi, I akan minum lemon yang direndam dengan air panas. Malam, makan madu sekali dengan ‘sarang’ dia tu. Untuk buah-buahan pula I suka makan buah delima dan mangga,”
ujar adik kepada Neelofa ini.Nampaknya cara Ameera Khan jaga kulitnya juga selamat untuk diamalkan dan anda pun boleh buat di rumah. Biasakan dai awal remaja dan kesannya bagus untuk kulit anda tanpa memakai produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi.
Sumber: Ameera Khan